Karangan
Bahagian A
Berdasarkan grafi di bawah hurangkan tentang
kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.
Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka
- MENGERATKAN PERPADUAN
- MENGENALI BUDAYA KAUM LAIN
- MEMBINA SEMANGAT KERJASAMA
Cadangan
isi
Mengeratkan perpaduan
Semasa menghadiri rumah terbuka
tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain.
Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling
memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara
tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".
Mengenali budaya kaum lain
Semasa menghadiri rumah terbuka juga,
para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat
resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun
mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang
Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan
dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk
memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Membina semangat bekerjasama
Semasa membuat persiapan untuk
mengadakan rumah terbuka, sekiranya rumah terbuka diadakan di kawasan
kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan
tempat. Begitu juga semasa menghadiri rumah terbuka, tetamu yang hadir bolehlah
membantu tuan rumah memcuci pinggan dan mengemas setelah selesai. Hal ini akan
dapat memupuk semangat bekerjasama.
Karangan
B
Amalan rumah terbuka banyak membawa kebaikan kepada
masyarakat. Namun, banyak belaku pembaziran dalam amalan rumah terbuka ini.
Berikan pandangan anda tentang punca-punca berlaku pembaziran ini.
·
Tuan rumah atau penganjur ingin
menunjuk-nunjuk
o Tukar
perabut, langsir baru
·
Tuan rumah atau penganjur bimbang
makanan tidak mencukupi
o Menyediakan
makanan terlalu banyak tetapi tetamu yang hadir tidak begitu ramai
·
Juadah yang disediakan tidak
menepati selera tetamu menyebabkan makanan tidak habis
o Makanan
tradisi sesetengah kaum tidak menepati selera kaum lain seperti tosei yang
mungkin tidak digemari oleh sesetang orang Melayu
·
Persediaan-persediaan lain
yang mungkin tidak perlu
o seperti
menyewa alat-alat karaoke atau persembahan nyanyian atau tarian singa.
·
Tuan rumah atau penganjur
tidak merancang perbelanjaan
o Tuan
rumah atau penganjur tidak membuat anggaran perbelanjaan dengan teliti
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam