https://twoohiok.wordpress.com/2015/01/14/sinopsis-novel-sejambak-bakti-2015/
NOVEL TINGKATAN 1 : SEJAMBAK BUDI
Bab 1 Kisah di Kedai Koperasi
Kedai Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan telah ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Pada pagi itu,
terdapat seorang pembantu kedai dan tiga orang ahli lembaga pengarah sedang
sibuk melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Sebagai ahli lembaga
pengarah yang bertugas sebagai jurujual telah menegur seorang pelajar lelaki
yang cuba mencuri sebatang pen. Cikgu Zulkifli masuk ke kedai itu dan
memberitahu ahli lembaga pengarah bahawa pada petang, mesyuarat lembaga
pengarah kali pertama tahun itu akan diadakan. Norlela sebagai pembantu kedai
juga dijemput hadir dalam mesyuarat itu.
Bab 2 Mesyuarat Melaksanakan Harapan
Di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri
Kayangan, mesyuarat Lembaga Pengarah telah diadakan. Sebanyak 11 orang murid
dan empat orang guru yang dilantik sebagai ahli Lembaga pengarah dengan empat
orang guru manakala pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin telah menjadi Pengerusi
Koperasi sekolah itu. Encik Sulaiman selaku Pegawai Pembangunan Koperasi turut
hadir dalam mesyuarat itu. Pengetua mengucap tahniah kepada Razali kerana
dipilih sebagai penolong setiausaha. Menurut pengetua, penubuhan koperasi
sekolah bertujuan untuk menggalakkan sikap berjimat cermat dan menolong diri
sendiri dan antara ahli. Beliau menyeru supaya semua ahli lembaga pengarah
dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Seterusnya Cikgu Zulkifli membentangkan usul mesyuarat yang
lalu, iaitu pertama, koperasi hendak berusaha menternak ayam telur. Kedua,
koperasi akan menjual barang-barang makanan dan keperluan lain selain alat tulis,
pakaian sukan dan buku-buku. Ketiga, koperasi hendak menubuhkan sebuah bilik
bacaan. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh ahli lembaga pengarah dengan sebulat
suara.
Bab 3 Perjanjian Membalas Dendam
Munir berasa kesal kerana tidak dipilih sebagai penolong
setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah. Dia merungut kepada kawannya
Leong dan Silvam. Sebagai ahli lembaga pengarah, mereka berasa tidak puas hati
atas kemenangan Razali dipilih sebagai penolong setiausaha. Apabila ternampak
Ramlah sedang membantu Razali untuk menyiapkan minit mesyuarat, Munir cemburu
dan menyindir Razali sengaja mendekati Ramlah.
Bab 4 Persiapan Kedai Operasi
Pada pagi itu, Norlela dan beberapa orang ahli lembaga
pengarah sibuk melayani pelajar di kedai koperasi. Razali mendapati bahawa
Munir, Silvam dan Leong tidak datang untuk bertugas di kedai koperasi itu. Swee
Lan, Ramlah, Harun, Saridevi dan Razali terpaksa menggantikan tugas mereka.
Cikgu Zulkifli berasa kesal atas sikap Munir dan kawannya. Razali menyenaraikan
barangan yang hendak dijual di kedai koperasi. Mereka juga hendak menyediakan
bilik bacaan dan akhbar dan majalah. Ayah Swee Lan, Encik Aik Hong telah
memberikan potongan harga untuk kedai koperasi atas barangan yang akan dijual
di koperasi itu. Mereka juga mendapat bantuan daripada Encik Aziz selaku tauke
kedai buku dengan potongan harga buku sebagai 20% kepada koperasi sekolah itu.
Bab 5 Cita-cita dan Harapan
Sebelum pulang, Munir, Leong dan Silvam sedang menunggu
Ramlah, Swee Lan dan Saridevi untuk mengajak mereka menonton tayangan gambar.
Bagaimanapun Ramlah dan kawan-kawannya menolak ajakan itu. Munir berasa marah
dan menganggap bahawa Razalilah yang menyebabkan Ramlah tidak suka akannya. Dia
ingin mengajar Razali.
Keesokan hari, Munir cuba mendekati Ramlah yang sdang
menyusun rak buku di kedai koperasi, lalu memberi Ramlah sepucuk surat
kepadanya. Ramlah menolak dan meminta bantuan daripada Razali. Razali menegur
Munir. Munir, Leong dan Silvam meninggalkan kedai koperasi itu. Ramlah juga
memberitahukan hal itu kepada Cikgu Zulkifli.
Bab 6 Persiapan
Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi dan
beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk membersihkan reban-reban ayam .
Sebaliknya Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Sivam dan Leong sibuk
mengemaskan bilik bacaan kerana minggu depan Penolong Pengarah Pembangunan
Koperasi Bahagain Sekolah akan melawat ke koperasi mereka. Koperasi sekolah
telah memperuntukkan RMm 30 untuk membeli akhbar dan majalah dalam bilik baca
itu. Ketika mereka sibuk menjalankan tugas pembersihan, Munir bermain bola di
padang. Cikgu Zulkifli pergi ke padang dan mendapati Munir telah dihalau keluar
dari padang kerana bermain bola dengan kasar. Cikgu Zulkifli menasihati Munir
agar melaksanakan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
Munir berjanji bahawa dia tidak ponteng tugas lagi. Cikgu Zulkifli juga
memberikan amaran kepada Munir supaya tidak tulis surat kepada Ramlah lagi.
Munir berjanji bahawa dia tidak melakukan hal itu lagi.
Bab 7 Semangat
Encik Mansur selaku Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi ,
Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah telah melawat ke Kedai Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri, reban ayam telur dan bilik baca. Beliau
memberikan pujian atas usaha dan kerjasama semua ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah itu. Dalam ucapan, beliau berharap agar koperasi sekolah dapat
menyemaikan minat berniaga, semangat bekerjasama, bersatu padu dalam kalangan
generasi muda.
Bab 8. Mempelajari Ilmu Perdagangan
Di Tingkatan 5C1, Cikgu Saiful, guru mata pelajaran
Perdagangan telah membincangkan kepentingan prinsip akaun kepada ahli
perniagaan, tetapi Munir asyik mengganggu pelajar lain. Akhirnya Cikgu Saiful
menahan Munir di dalam kelas untuk menyalin semua catat sebelum pulang. Ramlah,
Swee Lan, Saridevi, dan Rozita hendak pergi ke rumah Razali untuk mengulang
kaji tentang prinsip akaun. Ketika Munir turut dari tangga, dia ternampak
Ramlah dan kawan-kawannya bersama dengan Razali dengan muka yang masam.
Bab 9 Kerja Rumah
Rumah Razali di pinggir sawah. Kedatangan Ramlah dan
kawan-kawannya disambut oleh ibu Razali , Mak Sopiah dengan mesra. Mak Sopiah
menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Bagaimanapun Razali mengajak mereka
mengulang kaji di pondok yang terletak di tengah sawah. Ternyata di situ
sungguh nyaman dan sunyi. Mak Sopiah turut menghidangkan minuman dan pisang
goreng untuk mereka di pondok itu.
Bab 10 Pengakuan
Munir dipanggil ke bilik kerjaya. Cikgu Zulkifli dan Cikgu
Muniam selaku guru kaunseling dan guru kerjaya sekolah telah meminta Munir
memberikan penjelasan tentang sikapnya yang suka mengganggu pelajar lain di
dalam kelas dan selalu ponteng ketika menjalankan tugas di kedai koperasi.
Munir tidak mengakui tuduhan itu. Setelah diberi nasihat, Munir mengaku tidak
akan berbuat demikian lagi. Cikgu Zulkifli berharap agar Munir akan sedar akan
kesalahannya.
11. Melepaskan Dendam
Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang
motosikal lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka
menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul
Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka
meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke
situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu
kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau
berita itu sampai pada ayah tirinya.
12. Kasih Seorang Ibu
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut
melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya.
Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan
Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan
angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan
anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak
di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya
kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan
memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan
pahit itu.
13. Dendam Membawa Padah
Keesokan hari, Munir, Leong dan Silvam disuruh ke bilik
pengetua kerana terdapat aduan bahawa mereka dituduh memikul Razali. Setelah
disoal siasat, Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk merotan Munir, Leong
dan Silvam di dalam bilik pengetua.
14. Berita Gembira
Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali telah dipilih untuk
menyertai kursus koperasi di Petaling Jaya. Ahli lembaga pengarah koperasi
sekolah yang lain telah memberikan ucapan tahniah kepada Razali. Pada suatu
petang, Cikgu Zulkifli, Mak Sopiah, Harun, Swee Lan dan Ramlah telah tiba di
stesen bas untuk menghantar Razali yang akan menaiki bas ke Petaling Jaya.
15 . Budi Baik Dikenang juga.
Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi
sekolah Malaysia telah menghadiri kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya
selama satu minggu. Penceramah itu telah menyatakan bahawa generasi muda harus
menyedari peranan koperasi dan dapat menjadi pemimpin koperasi yang berjaya di
negara kiga. Selepas kursus, para peserta dibawa melawat ke Jabatan Pembangunan
Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur dan tempat-tempat di sekitar Kuala Lumpur.
Razali berasa amat terhutang budi kepada Jabatan pembangunan Koperasi Malaysia
kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.
16. Kesan Kunjungan
Setelah seminggu kemudian, Razali balik ke sekolah semula.
Dalam mesyuarat koperasi sekolah, Razali telah memberikan laporan ringkas
tentang pengetahuan yang diperoleh daripada kursus itu. Cikgu Syamsudin juga
mengemukakan usul, iaitu sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk
memilih koperasi yang maju, berjaya dan baik pentadbirannya yang dianjurkan
oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Swee Lan memberikan
cadangan supaya mereka masuk pertandingan itu. Akhirnya semua ahli lembaga
pengarah bersetuju atas cadangan itu. Cikgu Hassan mengharapkan semua ahli
lembaga pengarah berusaha dan menunjukkan semangat untuk memajukan koperasi
mereka pada tahun itu.
17. Semakin Jauh Terbang Burung
Untuk membuat persediaan tentang pertandingan itu, semua
ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek mereka. Bangsal ternakan
ayam dan bilik bacaan mereka sentiasa dijaga rapi. Baik guru penasihat mahupun
pelajar sebagai ahli lembaga pengarah telah sibuk mengemaskan kedai koperasi
mereka. Sebaliknya Munir, Leong dan Silvam ada di padang untuk bermain bola
tanpa menjalankan tugas mereka. Atas arahan pengetua, Munir, Leong dan Silvam
balik ke kedai koperasi. Ketika Munir berada di meja setiausaha, dia terlihat
anak kunci terletak di situ lalu diambil dan ditelitinya anak kunci itu.
Setelah itu, mereka bertiga tidak berpuas hati terhadap Razali kerana Razali
menjadi tumpuan pelajar perempuan, terutama Ramlah. Munir ingin membuat sesuatu
terhadap Razali lagi.
18. Malang Tidak Diduga
Pada malam itu , ada lembaga hitam membuka pintu dan
menceroboh kedai koperasi itu. Keesokan hari, apabila Razali membuka pintu
kedai koperasi itu dengan kuncinya, dia dan kawan-kawannya terkejut kerana
semua barangan jualan mereka bertaburan di lantai dan wang sebanyak RM200 juga
dicuri orang. Mereka segera melaporkan hal itu kepada Cikgu Zulkifli . Cikgu
Zulkifli mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian itu kepada pengetua dan
pihak polis.
19. Misteri Kedai Koperasi
Dua orang anggota polis telah datang ke kedai koperasi
sekolah untuk membuat siasatan. Mereka mendapati pintu kedai itu tidak ada
kesan dikopak orang. Mereka mendapati bahawa hanya Razali dan pengetua memiliki
kunci koperasi itu. Oleh itu Razali dan Cikgu Zulkifli telah dibawa ke balai
polis untuk membuat siasatan lanjut. Semua guru dan ahli lembaga pengarah tidak
percaya bahawa Razali terlibat dalam kes itu. Munir, Leong dan Silvam telah
membuat sindiran bahawa Razali yang terlibat dalam kes itu. Cikgu Zulkifli,
Cikgu Robeah, dan Cikgu Hassan telah berbincang dengan pengetua tentang kes
itu. Cikgu Hassan bercadang supaya mereka cuba merangkap pencuri itu. Mereka
bimbang bahawa kes itu akan mengganggu persiapan mereka untuk masuk
pertandingan.
20 Tindakan Ayah Tiri
Ketika Pak Zakaria hendak pulang ke rumah, Munir dan dan
Leong menunggung motosikal ke arahnya. Mereka memberitahu Pak Zakaria bahawa
Razali terlibat dalam kes kecurian kedai koperasi sekolah sehingga disiasat
oleh pihak polis. Pak Zakaria amat marah akan peristiwa . Apabila ternampak
kepulangan Razali, Pak Zakaria yang berada di beranda terus memarahi Razali
sebagai pencuri yang memalukannya. Dia hendak menghalau Razali keluar dari
rumahnya. Mak Sopiah segera keluar dan membela Razali. Dia percaya kata-kata
Razali lalu mengatakan bahawa jika Razali dihalau, dia akan mengikut Razali
keluar dari rumah itu juga. Dengan geram, pak Zakaria mencapai basikalnya lalu
menunggangnya dengan tergesa-gesa.
21. hidup yang Dirundung Malang
Razali berlegar-legar di tengah sawah. Dia cuba mencari
ketenangan di pondok sawah itu. Dia berasa sedih atas nasib yang malang. Dia
tidak tahu di mana ayahnya. Dia asyik termenung tenang fitnah yang dilemparkan
terhadapnya. Mak Sopiah cuba menenangkan jiwa Razali. Sekali lagi, Razali
meminta ibunya supaya memberitahu keadaan ayahnya. Mak Sopiah menangis dan
merayu Razali supaya tidak meninggalkannya. Mak Sopiah tetap enggan memberitahu
Razali siapa ayahnya kerana tidak mahu membangkit peristiwa pahit pada masa
dahulu. Razali memeluk ibunya dan berjanji bahawa dia tiak akan menyakiti hati
ibunya lagi.
22. Misteri Berakhir
Cikgu Zulkifli bergegas ke kedai koperasi kerana diberitahu
oleh SweeLan danMarzuki bahawa kedai koperasi dicerobohi lagi. Pengetua , Cikgu
Syamsudin sangat marah atas kejadian itu dan mengambil keputusan untuk
memeriksa beg dan pakaian murid satu demi satu. Akhirnya Cikgu Hassan berjaya
mengesan murid yang menceroboh kedai koperasi itu, iaitu Munir. Dari beg
sekolah Munir, Hassan telah mendapat kunci yang sama dengan nombor kunci kedai
koperasi mereka dan sehelai wang kertas RM10.00 yang terdapat huruf ‘K’ seperti
yang ditulis oleh Cikgu Hassan. Cikgu Zulkifli sangat kesal atas perlakuan
Munir. Ketika ditanya oleh Cikgu Syamsudin, Munir mengakui bahawa dialah
menceroboh kedai koperasi untuk memfitnah Razali kerana tidak suka Ramlah yang
sering mendekati Razali. Cikgu Syamsudin mengambil keputusan untuk menghukum
Munir. Beliau akan mengadakan mesyuarat dengan guru-guru disiplin untuk
menentukan hukuman yang sepatutnya.
23. Hukuman
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah itu,
Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan sebanyak 3 kali. Kedua-dua ibu bapa
Munir juga diberitahu dahulu dan mendapat kebenaran dengan harapan disiplin
Munir akan berubah. Cikgu Muniam telah mengumumkan kesalahan yang dilakukan
oleh Munir. Munir akan dirotan oleh Pengetua sendiri dan digantung
persekolahannya selama seminggu. Ketika tampil ke depan, tiba-tiba Munir
menghulurkan tangan dan meminta maaf kepada Razali. Razali mengangguk-angguk
lalu memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali berderaian. Semua
warga sekolah terharu. Cikgu Syamsudin mengingatkan semua pelajar supaya
peristiwa itu sebagai pengajaran.
24. Memasuki Dunia Baharu
Ketika selesai menunaikan solat, Munir tiba di halaman rumah
Razali. Munir datang untuk meminta maaf kepada Pak Zakaria dan Mak Sopiah. Dia
mengakui kesalahannya dan membuat fitnah sehingga menjejaskan nama baik
keluarga Razali. Pak Zakaria memaafkan Munir yang telah insaf akan
kesalahannya. Selain itu, Munir juga datang untuk meminta Razali supaya boleh
mengajarnya memandangkan peperiksaan SPM semakin menjelang. Razali tidak
keberatan untuk membantu Munir dalam pelajaran. Munir terharu atas budi Razali
dan merasai dirinya menjadi orang baharu dalam hidupnya. Dia telah mendapat
seorang sahabat baharu.
25. Harapan Berbunga Indah
Pada suatu hari, tiga orang hakim Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah dari ANGSAKA datang untuk menghakimi Koperasi Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan. Mereka meneliti barang jualan, buku-buku akaun
dan sebagainya di kedai koperasi. Kemudian mereka juga meninjau projek ternakan
ayam telur dan bilik bacaan yang disediakan oleh koperasi sekolah itu.
Pada pagi itu, mua murid Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan berbaris dalam perhimpunan. Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi
Negeri hadir bersama, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput khas.
Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis dijemput untuk berucap dan
seterusnya menyampaikan hadiah. Beliau mengumumkan bahawa Koperasi Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam
Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah pada tahun itu. Razali dipilih untuk
menerima piala daripada pengarah itu. Semua guru dan pelajar bertepuk tangan
dengan gembira. Razali juga dijulang oleh empat orang ahli lembaga pengarah dan
diarak mengelilingi perhimpunan itu.
Setelah perhimpunan tamat, Mak Sopiah dan Pak Zakaria
ternampak seorang lelaki tua dan dapat mengesan lelaki itu ialah Ramli. Mereka
bersalaman. Cikgu Syamsudin berasa ada sesuatu rahsia dalam pertemuan itu.
Beliau segera menjemput mereka ke bilik pejabatnya, termasuk pengarah.
26. Terbuka Rahsia
Encik Ramli mula membuka rahsia antara mereka. Menurut Ramli
, dia tinggal di Melaka, anaknya Ramlah tinggal bersama dengan abangnya seorang
polis di kampung. Ramli mengatakan bahawa Mak Sopiah ialah bekas isterinya.
Kira-kira 16 tahun yang lalu, dia telah bercerai dengan Mak Sopiah dan
meninggalkan anak lelaki . Ketika itu, dia sebagai tentera di Seremban. Selepas
itu, Pak Zakaria telah mengambil Mak Sopiah sebagai isteri. Setelah tamat
tempoh perkhidmatan sebagai tentera, Pak Zakaria telah membawa Mak Sopiah dan
Razali tinggal di situ. Sebaliknya Ramli balik ke Melaka dan berkahwin dengan
seorang janda beranak tiga di Melaka. Selama ini, Pak Ramli tidak tahu tempat
Razali dan ibunya berada. Mak Sopiah mengatakan bahawa dia tidak mahu
memberitahu Razali tempat ayahnya berada kerana takut Razali akan
meninggalkannya.
Razali dan Ramlah dipanggil ke pejabat Pengetua, Razali
diberitahu bahawa ayah yang dicarinya selama ini ialah ayah kepada Ramlah yang
berada di bilik itu. Setelah mendengar penjelasan ayah tirinya, Razali segera
menerpa dan mencium tangan Pak Ramli. Ramlah terkejut kerana Razali ialah
saudaranya. Mereka tersenyum riang melihat pertemuan itu. Encik Ali, Pengarah
Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri mengatakan bahawa sungguh besar jasa
koperasi sekolah kerana dapat mempertemukan anak dengan ayahnya. Rupa-rupanya
bersempena dengan kejayaan koperasi, Razali dapat bertemu dengan ayahnya yang
dicari-carinya selama ini. Mereka bersama-sama ketawa dengan riang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan