CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 24 Julai 2015

teori pembelajaran



               
2.1        Teori Tingkahlaku
Dalam teori tingkahlaku , terdapat tiga prinsip utama iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Teori ini dilihat sebagai satu kaedah yang berobjektif. Pelajar akan bertindakbalas kepada apa yang diberikan kepada mereka. Kebanyakan proses pembelajaran akan tertumpu kepada pensyarah. Teori ini juga bergantung kepada tanggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya (Thorndike 1913). Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran markah yang sesuai selepas di berikan ujian dan tugasan, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Teori ini juga menjelaskan ilmu adalah sesuatu yang aktif dan terbina pada suatu tempat  (Wilhelmsen et al. 1998). Teori ini sesuai untuk diaplikasikan kepada subtajuk yang menjelaskan pendedahan asas kepada Autodesk Computer Aided Design Release 14 ( ACAD R14), prinsip kordinat dan perintah-perintah assists.Sebagai contoh pendedahan pelajar kepada ikon di peringkat awal pembelajaran akan merangsang pelajar untuk menggunakan ikon tersebut bagi memastikan apa yang terhasil apabila ikon disebut ditekan semasa menggunakan perisian.
.2        Teori Konstruktivisme
Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan oleh pensyarah tetapi pelajar secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut (Dick 1997). Dick (1997) turut menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Golongan konstruktivis juga menyatakan bahawa ilmu adalah satu entiti yang dibina oleh setiap pelajar melalui proses pembelajaran (Briner 1999). Golongan konstruktivis juga percaya ilmu adalah sesuatu yang tidak boleh dipindahkan tetapi ianya dibina oleh setiap pelajar (Briner 1999). Di dalam konstruktivisme ilmu adalah sesuatu yang relatif dan berubah mengikut masa. Menurut prinsip konstruktivisme lagi  proses pembelajaran bertindak sebagai fungsi penyesuaian. Pembelajaran bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. Teori ini sesuai untuk tajuk yang mudah difahami oleh pelajar melalui pendedahan yang minima. Sebagai contoh kefahaman pelajar keatas prinsip kordinat dan line pada awal proses pembelajaran akan memudahkan pelajar untuk belajar secara kendiri perintah yang melibatkan penghasilan objek segi empat dan bulat di mana proses pembinaan objek ini melibatkan kefahaman yang betul terhadap prinsip kordinat dan perintah line. 

2.3        Teori Kognitivisme  
Dalam teori ini pelajar akan memperolehi maklumat secara aktif, menstruktur maklumat tersebut dan mengkaji pengetahuan yang diperolehi supaya menjadi sesuatu yang bermakna. Teori ini lebih menjurus kepada pengetahuan yang terkini dan pengetahuan yang lepas.Teori ini memandang ilmu itu sebagai sesuatu yang simbolik, pembinaan mental di dalam pemikiran seseorang dan menjadi satu proses yang membentuk gambaran simbolik itu kepada ingatan apabila ianya diproses. Penemuan komputer pada tahun 1960 an dengan prinsip pemprosesan maklumat telah menguatkan lagi prinsip pemprosesan maklumat dari sudut pembelajaran. Teori ini mewujudkan satu perspektif baru di dalam menjelaskan idea pemprosesan maklumat dan tidak seperti andaian tingkahlaku di mana pelajar bertindakbalas dengan suasana sekeliling dan menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut secara pasif. Teori ini boleh diapplikasikan kepada proses pembelajaran yang melibatkan proses kerja yang komplek dimana pelajar akan menggunakan kemahiran mengingat jangka pendek dan dibantu latihan yang berterusan bagi memahami urutan penghasilan lukisan yang melibatkan langkah kerja yang komplek seperti pembelajaran perintah wblock.

2.4        Teori Andragogi
Ini adalah teori yang dikeluarkan oleh Knowles (1975) di mana ianya menghuraikan pendekatan yang perlu diambil di dalam mengajar golongan dewasa. Knowles (1975) menekankan bahawa golongan pelajar yang matang memandu diri sendiri dan bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Program pembelajaran golongan pelajar yang matang perlu mengambilkira aspek asas ini.  Knowles (1975) membuat andaian di bawah terhadap reka bentuk pembelajaran untuk golongan dewasa iaitu :
a.    Golongan pelajar matang kena tahu kenapa mereka perlu belajar.
b.    Golongan pelajar matang perlu belajar kendiri.
c.    Golongan pelajar matang mendekati proses pembelajaran dengan kaedah penyelesaian
       masalah.
d.    Golongan pelajar matang akan mempelajari sesuatu topik itu dengan baik sekiranya mereka
       menyedari kepentingan topik tersebut.
Prinsip asas yang terdapat pada teori ini ialah :
a.    Golongan dewasa perlu terlibat di dalam perancangan dan penilaian pengajaran mereka.
b.    Pengalaman menjadi asas kepada aktiviti pembelajaran.
c.    Golongan dewasa begitu berminat untuk mempelajari subjek yang mempunyai hubungan 
       dengan kerjaya mereka dan kehidupan mereka.
d.    Proses pembelajaran lebih berpusat kepada masalah berbanding dengan berpusat kepada 
       pengisian.

2.5        Teori Minimal
Teori ini telah dibina oleh Caroll (1998) untuk membentuk rangka kerja yang akan membina kaedah penerangan khususnya bahan latihan untuk komputer. Teori ini mencadangkan  beberapa perkara di bawah iaitu :
a.    Semua aspek pembelajaran perlulah bermakna dan di dalam lingkungan sendiri.
b.    Pelajar perlu di beri projek yang realistik secepat mungkin.
c.    Penyampaian membenarkan sebab kendiri dan memperbaiki keadaan dengan
       menambahkan bilangan pembelajaran yang aktif.
d.    Bahan dan aktiviti pembelajaran perlu menyediakan aktiviti untuk mengenal masalah dan
       membaikinya.
e.    Perlu ada hubungan yang rapat di antara latihan dan situasi sebenar.
Teori ini juga menekankan pembelajaran disusun berdasarkan kepada pengalaman yang ada pada pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Komen