CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 1 Ogos 2018

latihan tb bm spm


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1.      Bantuan rakyat 1Malaysia ialah untuk membantu golongan yang berkemampuan rendah.
2.      Beberapa buah rumah-rumah rosak teruk dan pokok rebah akibat ribut yang melanda kawasan itu.
3.      Lima hakim telah mengadili Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Negeri.
4.      Kempen untuk melayangkan Jalur Gemilang seharusnya dijalankan secara berterusan dan tidak terhad kepada bulan kemerdekaan sahaja.
5.      Kereta api Sinaran Pagi dari Johor Bahru telah terbabas dari landasan menyebabkan dua gerabaknya terbalik.
6.      Abang belum mengambil keputusan tepat sama ada mahu bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan.
7.      Wanita itu amat rindukan anaknya sehingga tanpa segan malu meraung apabila dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya masih belum dijumpai.
8.      Adalah dimaklumkan bahawa hari esok diumumkan sebagai cuti awam.
9.      Ibu sedang memotong ikan di dapur, sementara ayah memperbaiki keretanya yang rosak.
10.  Pengajian yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pertanian telah berjaya mengeluarkan baka pokok yang bermutu tinggi.
11.  Untuk memastikan yang produktiviti syarikat mereka bertambah, Encik Hasnan berjanji memberikan bonus sebagai intensif kepada para pekerjanya.
12.  Lukisan-lukisan yang bergayut di dinding itu menarik perhatian para pengunjung.
13.  Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.
14.  Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti.
15.  Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.
16.  Dalam dokumentasi Tahun Melawat Malaysia pada pukul 8.00 malam tadi terdapat video klip berkenaan pengurusan perkhidmatan tren ke KLIA.
17.  Semasa Pembentangan Belanjawan 2012 Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan pendidikan sebanyak RM2 bilion ke sekolah-sekolah di negara ini.
18.  "Hadiah kebesaran yang dianugerahkan oleh beta diharapkan menjadi motivasi kepada masyarakat," titah raja kepada rakyatnya.
19.  Puan Fatimah tercegat apabila dimaklumkan bahawa anak bongsunya meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya.
20.  Perjanjian Pelanggan merupakan antara usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
21.  Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbagai-bagai mestilah bersatu padu sama ada pada waktu senang dengan susah.
22.  Ahmad telah menduduki temu duga untuk jawatan guru sandaran. Antara dokumen-dokumen yang perlu dibawa ialah sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lain-lain lagi. Dia berasa agak takut bila berhadapan dengan penemu duga. Melalui sesi soal jawab baharu dia tahu bahawa kelulusan akademik sahaja bukan menjamin kejayaan dalam kerjaya.
23.  Kebanyakan pekerja kilang batik di Terengganu mahir dalam kerja-kerja melorek batik kerana mewarisi kemahiran ini dari nenek moyang mereka.
24.  Habis pakaian di dalam almari itu digigit oleh tikus sejak rumah itu ditinggalkan oleh kami setahun yang lalu.
25.  Ayah memandu melebihi had laju yang ditetapkan lalu merempuh isyarat lampu merah kerana terlewat  menghadiri temu janji.

Tiada ulasan:

Catat Komen