CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 13 Januari 2015

Di Sebalik Wajah - sinopsis mengikut bab



BAB 1

1.  Cikgu Saiful sedang berada di sebuah hospital kerana menunggu isterinya yang bakal melahirkan anak  mereka. Dia berasa sangat bimbang dan berdoa agar proses bersalin tersebut dipermudahkan dan berharap mendapat anak yang sempurna ,sihat dan comel.
2. Kebimbangan ini terjelma kerana isterinya mengalami kesulitan semasa mengandungkan anak mereka.
3. Cikgu Saiful diminta menandatangani surat persetujuan pembedahan kerana isterinya tidak dapat melahirkan anak dengan cara biasa kerana kedudukan bayinya yang songsang.
4. Ketika menunggu proses bersalin, Cikgu Saiful berada di surau dan berjumpa dengan Doktor Fikri. Doktor Fikri menasihatkan agar Cikgu Saiful bersabar dengan situasi itu.
5. Cikgu Saiful terperanjat apabila melihat anak yang dilahirkan memiliki penyakit balar/ albino.. Dia tidak dapat menerima keadaan tersebut buat seketika.
6. Isterinya juga turut bersedih dengan keadaan itu.
7. Akhirnya mereka berdua menerima ketentuan Allah dengan hati yang reda
8. Cikgu Saiful menamakan anaknya dengan Doktor Fikri.


BAB 2

1. Cikgu Saiful menghantar anaknya ke sekolah menengah.
2. Doktor Fikri berada dalam tingkatan dua mawar.
3. Dia menerima nasib yang sama seperti di sekolah lamanya iaitu dihina dan diejek akibat keadaan fizikalnya itu. Pelbagai gelaran diberikan kepadanya dengan tujuan menghina.
4. DF tenang dan sudah bersedia dengan segala yang bakal berlaku kepadanya. Dia mengambil sikap bersabar dan tabah menghadapi dugaan itu.
5. Hanya Josy sahaja yang ingin berkawan dengannya di dalam kelas itu sementara rakan-rakan yang lain membiarkan sahaja DF keseorangan
6. Makanan yang dibawa oleh DF habis dimakan oleh Jais, Narius dan Jamadi. Rakan-rakannya meminta DF melaporkan hal itu kepada Cikgu Wahab tetapi DF tidak mahu sebarang tindakan diambil.

BAB 3

1. josy, dayang Mahani , Suriani , Sanin dan Aziz berkunjung ke rumah Doktor Fikri
2. Mereka dilayan dengan baik. Setelah minum mereka dibawa masuk ke bilik Doktor Fikri ke bilik bacaannya yang sangat menarik kerana di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis buku dan terhias dengan cantik.
3. DF juga menunjukkan batas sayur-sayuran yang hidup subur di belakang rumahnya.
4. Di samping itu juga mereka ditunjukkan oleh DF beberapa ekor ayam peliharaan DF.
5. Sebelum pulang mereka diberikan buah tomato dan cili merah oleh DF


BAB 4

1. DF ke sekolah dengan menaiki basikal baru dengan gembira.
2.Basikal itu dibeli hasil usahanya menyimpan wang yang dikumpulkan menerusi jualan sayur-sayuran tanamannya yang dijual di pasar tamu.
3. Mereka dimaklumkan pada petang tersebut akan diadakan latihan rumah sukan.
4. Sanin mempelawa DF menyertai rumah sukan Tun Ismail

BAB 5

1. Josy, Dayang Mahani , Suriani , Sanin dan Aziz bersama DF ke Pekan Menggatal  untuk menjual hasil tanaman DF.
2. Jualan sayur mereka terganggu kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Mereka menyimpan semula sayuran tersebut.
3. Jualan mereka terbatal apabila hujan lebat mula melanda kawasan tersebut. DF meminta mereka bersabar dengan keadaan tersebut kerana menganggapnya sebagai ujian daripada Allah.

BAB 6.

1. Narius , Jais dan Jamadi bertanyakan tentang DF daripada rakan-rakan DF.
2. Ketiga-tiga mereka meminta wang sebanyak RM 10 daripada DF sebagai cukai keselamatan
3. Setelah gagal mendapatkan wang tersebut Jamadi menolak basikal DF hingga rebah.
4. DF bersabar dengan kelakuan Jamadi tersebut.

BAB 7

1. Narius, Jais dan Jamadi dikenakan hukuman rotan berikutan perbuatan mereka meminta wang daripada DF
2. Mereka berdendam kepada DF

BAB 8     
 
1. DF berasa resah dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh Narius, Jais dan Jamadi terhadapnya.
2. Sebenarnya Suriani yang melaporkan kejadian tersebut kepada guru.
3. Hati DF berasa lega kerana tiada apa-apa yang terjadi dalam minggu tersebut terhadapnya.
4. pada suatu hari DF disinggung oleh Jais diperpustakaan
5. Kerana tidak ada guru di dalam kelas DF mengambil keputusan membaca buku di perpustakaan.
6. Aziz menyatakan bahawa pemeriksaan mengejut akan dilakukan  
7. Cikgu Wahab dan Cikgu Syukri memasuki kelas dua mawar bersama pengawas.
8. Semasa memeriksa beg milik DF, Cikgu Wahab mendapati banyak buku perpustakaan berada di dalam beg milik DF bersama dompet, beberapa batang pen yang mahal harganya.
9. Oleh itu DF disoal siasat di bilik kaunseling tentang perkara tersebut.
10. DF menjadi kelu untuk menafikan segalanya bukan perbuatan beliau walaupun didesak berkali-kali oleh cikgu.
11. Berita tersebut tersebar dengan pantasnya. DF mula digelar Doktor Panjang Tangan
12. Josy meminta DF bersabar atas ujian yang menimpa

BAB 9

1.  Semua ahli rumah sukan sibuk menyiapkan khemah rumah sukan masing-masing kerana sukan tahunan akan diadakan pada keesokan harinya.
2. Padang sekolah juga dihiasi dengan bendera.
3. Mereka berazam untuk memenangi kejohanan sukan pada tahun ini.

BAB 10

1. Sukan tahunan dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
2. DF mengambil bahagian dalam acara 1500 meter lelaki B
3. DF ditinggalkan oleh banyak peserta yang lain . Ibunya tetap memberi peransang kepadanya untuk menghabiskan larian. DF telah pengsan beberapa langkah sebelum ke garisan penamat
4. DF dirawat oleh Cikgu Fatmawati. DF dibawa pulang oleh ibunya. Cikgu Fatmawati memuji kecekalan hati DF
5. DF mendapati bahawa basikal miliknya telah hilang.

BAB 11

1. kehilangan basikal milik DF tidak mendatangkan kerisauan kepada rakan-rakan DF. Malah mereka menganggap ianya sebagai balasan kerana perbuatan DF yang mencuri  tempoh hari.
2. DF juga dianggap sebagai seorang yang suka menunjuk-nunjuk.

BAB 12

1. DF termenung memikirkan kehilangan basikalnya. Keinginannya untuk membaca buku juga sedikit pudar.
2. Sahabat baiknya Josy pula akan berpindah tidak lama lagi bagi mengikut keluarganya.
3. Cikgu Wahab berjumpa dengan DF. Cikgu Wahab memberitahu bahawa Narius, Jais dan Jamadilah yang mencuri basikal miliknya. Basikal tersebut sedang berada di Balai Polis Menggatal
4. Ketiga-tiga mereka telah ditangkap. Pengetua juga memaklumkan bahawa mereka telah mengaku bahawa buku perpustakaan, dompet dan pen yang dijumpai di dalam beg DF telah diletakkan oleh mereka bertiga.
5. DF hanya diam mendengarkan hal itu.

BAB 13

1. DF bersama ayahnya ke Balai Polis Menggatal dan disambut oleh Sarjan Ahmad dengan ramah.
2. DF melihat Narius menangis di dalam lokap sambil ditunggu oleh seorang lelaki tua .
3. DF mendapati bahawa lelaki tersebut ialah ayah Narius yang hidup susah dan tidak mampu membayar wang jaminan Narius.
4. DF meminta ayahnya membayar wang jaminan Narius. Dengan perasaan malu Narius mengucapkan terima kasih kepada mereka.Narius juga meminta maaf atas kesalahannya selama ini.

BAB 14

1. Suriani dan Dayang Mahani berasa hairan dengan hubungan baru antara DF , Narius, Jais dan Jamadi. Mereka menyangka bahawa DF telah mula terpengaruh dengan  mereka.
2. Suriani dan Dayang Mahani ingin mengubah sikap dan kelakuan Narius , Jais dan Jamadi menjadi insan/ pelajar yang lebih baik.

BAB 15

1. DF tidak hadir ke sekolah selama dua hari . Rakan-rakannya mula menunjukkan kebimbangan
2. Di dalam kelas , Narius memberitahu rakan-rakannya yang lain bahawa mereka bertigalah yang sebenarnya bersalah dan menganiayai DF.
3. Narius memberitahu bahawa DF telah mengikuti ayahnya yang menyambung pelajaran ke Jepun selama lima tahun.
4. Narius menyerahkan surat yang ditulis oleh DF kepada Dayang Mahani. Mereka membacanya sehingga menangis.

BAB 16

1.  DF telah pulang ke Kota Kinabalu bersama ayahnya setelah berada di Osaka selama setahun. Kepulangannya disambut oleh rakan-rakannya.
2. Rumah DF sekeluarga yang telah ditinggalkan selama setahun mula menunjukkan keadaan tidak terurus. Rakan-rakan DF menawarkan diri untuk membersihkan kawasan rumah tersebut.
3. DF menjemput semua rakannya datang ke rumah dan menceritakan pengalamannya semasa berada di Jepun. Dia menyatakan bahawa dia telah memenangi pertandingan mencipta kereta kawalan jauh.
4. Sebelum pulang rakan-rakannya dihadiahkan dengan penggera elektronik.

BAB 17

1. DF menanam hasrat mendaki Gunung Kinabalu sebelum kembali ke Jepun.
2. Ibu bapa DF mengizinkan hasratnya itu. DF melakukan persediaan untuk mendaki.

BAB 18

1. DF ke Taman Negara Kinabalu bersama ibu bapanya dan menginap di sebuah chalet

BAB 19

1. DF dan keluarganya mula mendaki Gunung Kinabalu dan bermalam di pertengahan perjalanan.
2. Pendakian mereka sangat mencabar dan memerlukan kekuatan tenaga dan mental.

BAB 20

1. DF bermimpi dikejar naga semasa tidur

BAB 21

1. Jeritan DF mengejutkan rami orang yang turut sama ingin mendaki Gunung Kinabalu. DF ditenangkan oleh Cikgu Saiful dan Puan Halipah.
2. DF menceritakan keadaan sebenar dan akhirnya mereka turut tertawa.

Tiada ulasan:

Catat Komen