CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 19 Jun 2013

contoh ringkas- penanaman padi

di bawah ini ialah contoh ( tidak lengkap ) huraian tentang penanaman padi untuk beberapa orang pelajar.
harus diingat bahawa ianya merupakan untuk rujukan sahaja sebab saya tidak menemuramah orang sumber seperti mana yang saya lakukan untuk penanaman ubi/ pisang dan penternakan itik sebelum ini.Jadi ianya merupakan cadangan peringkat awal sahaja bagaimana penanaman padi sawah ini dihuraikan. anda dinasihatkan agar melengkapkan huraian yang sebenarnya melalui orang sumber yang anada gunakan untuk elemen satu.

Hasil kajian - padi

5.1) Maklumat Asas.


5.1.1- Jenis Kegiatan Ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah  penanaman padi  oleh Encik XXX yang tinggal di XXX.

5.1.2- Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi.

Penanaman padi  ini telah dimulakan oleh xxxxxx  dan xxxxx suami isteri mulai tahun xxxxOleh yang demikian beliau telah mengendalikan penanaman padi ini hampir xxxx  tahun lamanyaPada masa tersebut, beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri seperti untuk digunakan untuk keperluan keluarga  dan untuk dijual dalam bentuk beras jika penghasilannya memuaskan . Beliau telah mengusahakan penanaman  padi berdekatan rumahnya di xxxx . Pada masa sekarang keluasan sawah padinya ialah kira-kira  XXX ekar.
5.1.3- Lokasi/Tempat Kajian
Lokasi tempat kajian ini ialah di mukim xxxx iaitu di kediaman xxxxx . Orang sumber yang saya kaji ialah XXXXX berusia xxxx tahun dan isterinya xxxx tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar bandar. Bandar terdekat ialah Bandar xxx . Jarak rumah beliau dengan  pekan xxxx ialah  kira-kira xxxx km.
5.1.4-Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan


Penanaman padi  ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sawah padi di mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik xxxxxxxxxx . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik xxxxxx  kerana beliau merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan penanaman padi  di kampung ini.


5.2- Latar Belakang


5.2.1- Tujuan dijalankan


Encik xxxxxx pada mulanya menanam padi  untuk digunakan sebagai sumber  makanan dan masakan sendiri.  Beliau menjual kira-kira  xxxx kg padi setiap kali penjualan dilakukan ke kedai dengan harga  sekitar RM xxxxxx sekilogram kira-kira dua kali  setahun.Oleh yang demikian kita boleh menganggap hasil atau pendapatan Encik xxxx ialah kira-kira RMxxxxx sebulan.


5.2.2-Peralatan/kaedah yang digunakan


Dalam bidang menanam padi, beliau telah membeli sebuah kubotar yang berharga kira-kira RM 7000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman padi. Beliau menggunakan kubotar untuk mengembur tanah pada mula proses penanaman  dan setiap kali proses penanaman semulabenih padi dijalankan. Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah cangkul dan tajak terutama untuk menajak rumput dan membersihkan kawasan bendang .Pada awal penanaman padi xxx menggunakan kaedah menyemai benih dan menggubahnya ke tapak semaian. Namun begitu pada masa sekarang teknologi tabor terus telah digunakan bagi mempercepatkan proses tumbesaran benih.
( cari gambar proses menanam padi – cara menyemai benih/ mengubah/ tabor terus /
Cari juga gambar kubotar/ cangkul dan tajak serta penggunaan kerbau untuk membajak sawah sebagai perbandingan masukkan kat sini)


5.2.3-Tempat Kawasan


Encik xxxxx mendapatkan kemudahan system pengairan sawahnya melalui projek peparitan yang dilaksanakan oleh jabatan perparitan dan saliran. ( ambil gambar system peparitan dan pengairan kat sawah/ masukkan juga gambar proses penanaman daripada awal hingga akhir )

5.2.4-Kos Pengendalilan


Benih pokok padi diambil daripada benih padi yang disimpan khas pada setiap tahun agar hasil penanaman akan dapat dikekalkan pada masa akan dataing. Namun begitu  . Racun dan baja dibeli sendiri oleh beliau  dan proses penjagaan seperti penjagaan makhluk perosak seperti tikus diatasi dengan membeli racun tikus pelbagai jenis. Kadang-kadang beliau menggunakan khidmat xxxx untuk menjaga burung daripada memakan padinya.
( masukkan gambar yang sesuai / kalau nak – cara penjagaan padi masa dahulu )


5.3-Sumbagan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat.

5.3.1- Sumber pendapatan utama dan sampingan


Dengan penanaman padi ini, pekebun memperoleh kira-kira RMxxx sebulan sebagai pendapatan sampingan.Hasil padi ini digunakan untuk kegunaan sendiri iaitu kira-kira  xxxx guni padi.


5.3.2- Memenuhi Permintaan.


Disamping menanam padi beliau juga menanam padi pulut yang boleh dijual di kedai-kedai atau kepada orang perseorangan .

5.3.3-Penerusan Tradisi Keluarga

Penanaman  padi ini adalah penerusan turun-temurun atau  tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi tanah atau tapak penanaman padi ini  daripada bapanya.

5.3.4-Peluang Perkerjaan

Dengan mengusahakan   penanaman padi, penduduk kampung mendapat peluang perkerjaan di samping menambah pendapatan keluarga. Antara perkerjaaan yang boleh  menjambil upah membajak sawah, mercun rumpt dan membaja pokok padi. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangkan manfaat.

5.4- Prospek

5.4.1-Cabaran/ kekangan yang dihadapi.

Antara cabaran yang dihadapi bagi pengusaha padi ialah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah :-
Tikus ( masukkan gambar tikus pemakan padi – bukan semua jenis tikus )

Selain daripada haiwan perosak, pekebun juga memperoleh masalah penyakit padi:-
( search kat internet apa penyakit padi/ ambik gambar masukkan kat sini )

5.4.2-Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta.

Pihak kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha sawah padi dalam bentuk  subsidi, bantuan beih, bantuan baja, khidmat nasihat dan pemasaran  dan sebagainya.

5.4.3-Reaksi/ Penerimaan Masyarakat.

Masyarakat di kampung ini menanam padi untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian . Ianya juga merupakan antara pekerjaan utama sebilangan penduduk di kawasan ini.

5.4.4- Saranan dan harapan.


Encik xxxx berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman padi tersebut. selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti pengeluaran  padinya. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan oleh  anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar penggunaan padi dapat mencapai tahap yang boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan.



RUMUSAN


        Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
       
  Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak petani sendiri , kejayaan beliau ialah hasil daripada komitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.Sikap beliau yang bertekad dalam melaksanakan tugas selaku penanam padi telah dilaksanakan dengan baik ke arah menjamin bekalan beras di negara kita tidak terputus dan terpaksa bergantung pada beras import dari negara jiran semata-mata.
       
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara termasuk bidang pertanian dan sebagainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan