CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Jumaat, 11 Mac 2011

Sinopsis Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Sinopsis Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Bab 1 ( Zaman kanak-kanak di Nanga Meluan )

  1. Kanang dilahirkan pada 1945 di Rumah Panjang Karangan Manok Nanga Meluan
  2. Kanang tidak pernah mengenali ayahnya Langkau kerana semasa dia masih kecil ibu bapanya telah berpisah
  3. Oleh sebab dia nakal , dia dihalau oleh ibunya lalu hidup berdikari di bawah jagaan datuk dan neneknya
  4. Untuk ke sekolah Kanang terpaksa berpisah dengan datuk dan neneknya.
  5. Oleh yang demikian dia hanya bersekolah sampai darjah tiga di sekolah Local Autority, Kanowit
  6. Hidup bersama datuk dan neneknya menyebabkan dia seolah-olah hidup tanpa tujuan dan cita-cita
  7. Dia lebih suka berburu di hutan dan mencari ikan
  8. Tidak takutkan buaya ( beliau percaya datuknya pernah merawat dan menyembuhkan putera raja buaya )

Bab 2 ( Anak rimba yang gelisah )

  1. semasa remaja , dia bekerja sebagai penambang, penoreh getah , tukang masak dan pengangkut arang batu milim Mr Ford
  2. dia mula menimba pengalaman hidup
  3. dia tidak mempunyai kawan rapat kerana perangainya yang panas baran
  4. datuk dan neneknyalah yang memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Kanang kerana dia tidak mendapat kasih sayang daripada orang tuanya dengan sempurna
  5. kanang juga yakin bahawa ada satu kuasa yang berupaya membantunya semasa berada dalam kesusahan

Bab 3 ( Menjejak dunia baru )

  1. selepas membawa 20 orang anak muda ke sekolah berhampiran , Kanang mengikut mereka dan kemudiannya duduk berehat di bawah pokok
  2. pada masa inilah dia dipelawa oleh askar Inggeris untuk menjadi askar
  3. pada awalnya Kanang menolak ajakan itu tetapi kemudiannya menyambut baik pujukan askar Inggeris itu
  4. semasa menjalani temuduga , Kanang telah membawa surat sokongan daripada Mr Ford agar dia boleh memasuki Iban Tracker
  5. Kanang diterima sebagai Iban Tracker pada 1962 ( umur Kanang 17 tahun )
  6. Dalam tempoh latihan rekrut , Kanang dilatih untuk mengendalikan senjata , teknik bertempur dan cara mengesan musuh.
  7. Fikiran Kanang mulai terbuka ( sedar ) dan mengakui bahawa dunia ini begitu luas. Dia seolah-olah sudah memasuki dunia baru

Bab 4 ( Pemberontakan Brunei dan Konfrantasi )

  1. Pada 1962 Kanang berada dalam pasukan 42 Komando tentera British di Selat Tebrau
  2. Pada masa ini berlaku pemberontakan do Brunei yang dipimpin oleh Azahari
  3. Kanang dan pasukannya berjaya merampas kembali kawasan Limbang daripada pemberontak ( tamat pada 1963 )
  4. Pada masa ini berlaku juga Konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia ( berhubung dengan penubuhan Malaysia )
  5. Pasukan Kanang yang menumpang platun batalion pimpinan Leftenan Yap diarahkan mengesan jejak musuh di Kota Tinggi dan terus ke Mersing
  6. Pasukan mereka berjaya mengesan pasukan dari Indonesia. Mereka berjaya membunuh seramai 13 orang anggota dan menawan tentera yang cedera.
  7. Semasa bertugas di Lubuk Antu , Sarawak , Kanang telah berjaya menyelamatkan pegawai pemerintahnya
  8. Kanang pernah ditawan oleh tentera musuh di Siliwangi tetapi berjaya dibebaskan setelah menyamar sebagai orang awam yang pandai berbahasa Iban
  9. Sekitar tahun 1964 Kanang melalui banyak pengalaman di dalam hutan ( lebih enam bulan ) iaitu semasa bertugas di dalam pasukan 1st Royal New Zealand Army

Bab 5 ( Di ambang perkahwinan )

  1. Kanang telah bertemu lalu terpikat dengan Helen
  2. Peristiwa yang menemukan mereka ialah apabila bapa saudara bakal isterinya mengajak Kanang ke Rumah Panjang Skra Hilir
  3. Kanang berkahwin dengan Helen pada tahun 1965 di Simanggang Bahagian Kedua Sarawak
  4. Pada hari perkahwinan itu juga Kanang telah dipanggil bertugas untuk menjejak seorang anggota tentera Royal New Zealand Army yang hilang.
  5. Selepas 3 hari Kanang berjaya menemukan askar tersebut

Bab 6 ( Zaman pancaroba )

  1. Prebet Kanang diserapkan ke dalam pasukan Batalion Pertama rejimen Renjer Malaysia pada 1963
  2. Sarawak Rangers ditukar nama pada Rejimen Renjer

Bab 7 ( Bintang , isteri dan mimpi )

  1. Kanang telah berpindah ke Kem Terendak Melaka dan bertugas di Batalion Kelapan Rejimen Renjer pada 1973 sebagai ketua seksyen
  2. Pada 1974 Kanang telah dihantar berkursus PTT rendah
  3. Pada 1976 dia telah dinaikkan pangkat sebagai koperal
  4. Pada 1977 Kanang dihantar berkursus sebagai jurulatih kawad di Pusat Latihan Askar Wataniah Ipoh Perak
  5. Dia telah dikecualikan daripada kawad kerana sentiasa berpakaian kemas
  6. Kanang melahirkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan tetapi apabila dinasihati oleh pegawai pemerintahnya ( CO ) , Kanang membatalkannya
  7. Pada 1978 Kanang telah berpangkat Sarjan
  8. Dia ditugaskan membantu memimpin sebuah platun raifal dan menjadi orang kanan ketua platun
  9. Isterinya , Helen yang sukar berbahasa Melayu telah berusaha memperbaiki diri dengan bergaul sesama anggota BAKAT dan akhirnya berjaya menyesuaikan diri.
  10. Kanang percaya pada pantang larang yang diamalkan oleh kaum Iban. Antaranya jangan membunuh kijang dan beberapa perkara berkaitan dengan ular melintas , sarang labah-labah dan burung raja udang
  11. Pada setiap kali mahu masuk ke hutan Kanang akan menyembelih ayam jantan diiringi dengan jampi serapah yang biasa diamalkan oleh keturunannya.

Bab 8 ( Agi Idup Agi Ngelaban - 1979 )

  1. Selepas membersihkan peralatan tentera yang dibawanya dalam gerakan di Ulu Piah , Kanang kepenatan dan tertidur. Kanang bermimpi parangnya patah tetapi dapat disambung semula
  2. Kanang mendapati bahawa mimpinya membawa maksud yang tidak baik. Dia menyuruh isterinya membeli ayam untuk dijadikan korban dan membaca jampi serapah unruk mengelakkan diri daripada kecelakaan
  3. Kanang diperintahkan terlibat dengan suatu operasi di Hutan Korbu, Perak
  4. Tujuan operasi ini ialah menghapuskan saki baki komunis pimpinan Nam Yat yang memiliki keanggotaan antara 30 hingga ke 40 orang tetapi lengkap bersenjata
  5. Melalui maklumat yang diperolehi petempatan komunis ini dikawal dengan ketat dengan jerangkap samar
  6. Operasi ini disertai oleh Kompeni Raifal dan kumpulan Risik Tempur diketuai oleh Leftenan Kolonel C.A Loone
  7. Setelah beberapa hari melakukan intipan berlaku pertempuran tetapi pengganas berjaya melarikan diri
  8. Pihak tentera mengadakan kesan jejak dalam kumpulan kecil
  9. Kanang bermimpi lagi bahawa dia pergi ke rumah seorang Pak Haji dengan membawa seekor ayam sabung. Pak Haji ini menyatakan ayam Kanang boleh menang tetapi agak sukar.
  10. Kanang memaklumkan akan mimpinya kepada anak buahnya dan berharap agar mereka berhati-hati
  11. Pada hari Gawai , berlaku pertempuran. Di pihak tentera Renjer Baharuddin telah terbunuh dan Koperal Michael tercedera.
  12. Pada masa ini Kanang berjaya membunuh dua orang anggota komunis dan pasukannya berjaya membunuh dua lagi selepas itu
  13. Selepas operasi ini Kanang mula memikirkan keberkesanan peranan pegawai pemerintah dan pentingnya peranan pemandu/ orang asli bagi menjejak komunis

Bab 9 ( Dugaan kedua )

  1. 1980 , Kanang terlibat dengan Gerakan Pukat di Tanah Hitam, Perak bagi mengesan musuh yang telah menyerang hendap anggota RAMD
  2. Kanang selaku pakar mematikan jerangkap samar menjejak musuh berjumlah 10-12 orang
  3. Serangan dilakukan tetapi pengganas berjaya melarikan diri
  4. Pada hari ke 10 dua orang renjer telah terkena jerangkap samar
  5. Keesokannya pasukan Kanang ditembak oleh musuh

Bab 10 ( Mati hidup semula )

  1. Anggota Batalion Kelapan Rejimen Renjer di Kem Sulva Line dalam keadaan sugul kerana rakan mereka cedera parah.
  2. Puan Josephine memberi khabar malang itu dengan penuh hati-hati kerana bimbangkan anggota keluarga mereka tidak dapat menerima berita buruk
  3. Semua keluarga menerima berita dengan tenang tetapi Helen jatuh pengsan
  4. Kanang telah koma selama seminggu. Dalam masa ini Kanang berasa bahawa di sudah berada di alam yang lain
  5. Selepas sedar helen menjaga Kanang siang dan malam
  6. Kanang teringat peristiwa pasukan mereka diserang oleh musuh. Dia melanggar pantang apabila meneruskan serangan walaupun mendengar suara kijang. Dia ditembak pada bahagian perutnya dan cedera parah
  7. Kanang menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi ( ICU )selama sebulan
  8. Kanang terpaksa dirawat di hospital selama setahun kerana kecederaannya
  9. Berdasarkan keberanian dan kegigihannya berjuang dalam operasi itu Kanang telah menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada tahun 1981

Bab 11( Ke mana selepas ini )

  1. Kanang telah bertukar tempat bertugas di Sekolah Tempur Pegawai Muda sebagai jurulatih
  2. Pada Mei 1981 Kanang dinaikkan pangkat menjadi Staf Sarjan yang bertanggungjawab terhadap bantuan logistik
  3. Kanang menerima anugerah Pisau ATM sempena hari ATM ke- 48
  4. Dia menjadi jurulatih pada 1982 di PSTD
  5. April 1982 menjadi Sarjan Mejar
  6. Ogos 1985 – Pegawai Waran 1 ( Sarjan Mejar Rejimen )
  7. 1986 – bersara dan menjalani hidup sebagai orang awam di Rumah Panjang Skra Hilir

3 ulasan:

  1. salam,,
    saya student f3...
    nak tanya macam mane pula kalau nak menjawab soalan peristiwa menarik dan mengapa memilih peristiwa tersebut...tq

    BalasPadam
  2. 1. kalau untuk soalan bahagian komsas tidak pernah keluar soalan macam tu tetapi untuk soalan bahagian c kertas 2 pernah keluar.

    2. peristiwa menarik biasanya kita fokuskan pada bahagian tertentui cerita yang mungkin dianggap istimewa semasa kita membacanya.

    3. contoh dalam cerita kanang ialah ketika dia menjalani latihan ketenteraan , terlibat dengan operasi menyelamatkan tentera new zealand yang sesat atau peristiwa dia kena serang hendap di hutan korbu sampai dia kena tembak dan masuk icu

    4. biasanya kita kena berikan sebab kenapa kita pilih peristiwa itu. fokus kita biasanya ialah ulasan atau penceritaan oleh penulis menyebabkan kita rasa pengorbanan watak itu yang tulus iklas mahupun kesan tindakan pada watak yang dianggap istimewa atau membawa kesan lebih positif ( kanang sanggup berkorban nyawa .... kita rasa bangga dengan semangat dan kesanggupannya hingga dia cedera dan tidak sedarkan diri bertarung dengan nyawa dll.

    4. untuk cerita kanang nilai saya pada negara dan pengorbanan yang dilakukan banyak melibatkan watak utama dan pergerakan plot. jadi biasanya peristiwa yanbg ada kaitan dengan dua isu ini boleh diandaikan ada peristiwa menarik

    5. kalau nak pilih lain mungkin pengalaman hidup di kampun/ rumah panjang / tinggal dengan datuk boleh dijadikan contoh tetapi tidak cukup kuat kerana tidak berkaitan sangat dengan tema novel

    BalasPadam
  3. klu sikap brtanggjwb mcm mne plax . TQ

    BalasPadam