CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM SPM - KEPENTINGAN KOMPUTER




Kepentingan Komputer Dalam Kehidupan.

Laras sains.

Pendahuluan,
a.       Manusia hari ini banyak bergantung dengan alat-alat canggih.
b.      Kemajuan teknologi melengkapkan lagi kehidupan manusia.

Isi-isi penting,

·         Operasinya cepat dan pantas,
a.       Menjimatkan masa pengurusan.
b.      Banyak maklumat dapat disimpan dalam disket yang kecil.
c.       Penting untuk bidang pentadbiran dan perniagaan.

·         Mempertingkat pengurusan kerja.
a.       Mudah memproses data.
b.      Mempertingkat produktiviti pengurusan melalui urusan persuratan, penyimpanan dan pengesanan.
c.       Penting untuk pejabat-pejabat kerajaan.

·         Untuk menggerakkan robot.
a.       Mudah melaksanakan kerja-kerja teknikal.
b.      Sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja yang berbahaya.
c.       Boleh bertindak tepat dan pantas seperti dilaksanakan di Jepun.

·         Penggunaan dalam bidang perdagangan,
a.       Mengurus penyimpanan, pengeluaran wang secara automatik.
b.      Dapat menjimatkan penggunaan tenaga manusia.
c.       Kerja cepat dan pantas.

·         Digunakan bagi kerja-kerja mengesan penyakit.
a.       Merawat penyakit dengan laser.
b.      Berguna untuk penyelidikan tenaga nuklear dan satelit.
c.       Berguna untuk kawalan lalu lintas udara, kaji cuaca dan penerokaan angkasa lepas.

Kesimpulan,

a.   Memberi banyak faedah.
b.   Masyarakat yang ingin maju perlu alat ini.
c.   Negara dapat dibangunkan dengan cepat.

KARANGAN BM SPM - MUTU SUKAN BOLA SEPAK



Karangan Wawancara.
Soalan,
Sebagai pemberita anda diminta mewawancara seorang pengkritik sukan tentang mutu permainan bola sepak di Malaysia sejak kebelakangan ini. Tuliskan wawancara itu selengkapnya.

Pendahuluan:
-          Mutu bola sepak secara umum
-          Memperkenalkan diri dan tokoh wawancara
-          Tujuan wawancara

Isi-isi


1.       Punca kemerosotan mutu bola sepak sekarang
-          Atlet memikirkan ganjaran wang
-          Tidak bersemangat kebangsaan
-          Tidak serius menjadikan sukan sebagai satu kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

2.       Punca-punca lain
-          Ahli sukan tidak berdisiplin
-          Para pegawai dan jurulatih tidak berwibawa
-          Latihan yang tidak sistematik

3.       Rasuah bola sepak punca kemerosotan
-          Mutu bola sepak turun naik kerana wang sogokan
-          Mereka tidak dapat mempamerkan permainan sebenar ketika pemain mahu pasukan mereka tewas.
-          Mutu permainan mereka meningkat ketika ingin memastikan pasukannya menang

4.       Cara meningkatkan mutu sukan negara
-          Mencari pegawai dan jurulatih yang berwibawa
-          Hubungan pegawai, pemain dan jurulatih hendaklah baik.
-          Pemain harus mengubah sikap

5.       Pandangan tentang Liga Semi Pro dan Liga Perdana
-          Pemain import tidak bermutu
-          Mutu permain tidak berubah jika dibandingkan mutu bola sepak Korea.
-          Mengurangkan pemain import merupakan langkah yang baik

Penutup.
-          Harapan kejayaan pada masa hadapan / mutu sukan berubah
-          Ucapan terima kasih kepada tokoh yang diwawancara kerana sudi diwawancara.

KARANGAN BM SPM - PENDERAAN



Masalah penderaan kanak-kanak merupakan masalah sosial yang serius dewasa ini. Anda berpeluang menyaksikan keadaan mangsa dera ketika melawat sebuah hospital yang menempatkan mangsa dera tersebut.

Ceritakan keadaan mangsa tersebut  dan perasaan anda ketika itu.

------------------------------------------------------------

Karangan tidak berformat.

(a) Pendahuluan
Ceritakan masa pergi/bertolak. Tujuan ke hospital (sama ada secara kebetulan atau dirancang ). Gambarkan situasi di hospital – ramai orang -- suasana riuh-rendah.
                                
(b) Isi-isi

(i)                 Keadaan mangsa dera.
-         Jelaskan umur mangsa, jantina, siapa yang menderanya, dan punca penderaan.
-    Kecederaan fizikal yang dialami oleh mangsa seperti kesan-kesan luka/calar-calar dan
jelaskan punca kecederaan.
-     Ceritakan bentuk rawatan yang diberikan kepada mangsa seperti  bantuan pernafasan, mangsa dalam keadaan amat lemah dan cemas.
-     Jururawat dan doktor  sentiasa mengawasi perkembangan keadaan mangsa.  
-     Keadaan mangsa semakin serius dan gambarkan keadaan yang kelam-kabut pihak
hospital di wad berkenaan
-     Mangsa akhirnya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU).

 (ii) Perasaan
-     Kasihan
-     Simpati       
 -    Sedih/sayu/terharu
-     Kemuncaknya marah kepada pendera dan mungkin juga dia bersyukur  kerana
                  mempunyai ibu bapa yang penyayang.
-    Calon boleh mengaitkan perasaannya semasa menceritakan keadaan  mangsa satu  
      persatu.

 (c ) Penutup
                  Nyatakan pengajaran yang diperoleh daripada peristiwa itu. Nyatakan juga
      harapan supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab. Terima anugerah daripada
      Allah dengan penuh kesyukuran walaupun ada apa-apa kelemahan atau
      kekurangan.


KARANGAN BM STPM - PEMINDAHAN TEKNOLOGI




Kepentingan Pemindahan Teknologi.


Laras Sains.

Pendahuluan,

·         Teknologi yang dipindahkan ialah peralatan/ pengetahuan/ kemahiran/ teknik.
·         Bertujuan meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan sosioekonomi sesuatu masyarakat.

Isi-isi penting,

·         Meningkatkan daya pengeluaran
o   Meningkatkan produktiviti industri tempatan
o   Membangunkan operasi pengeluaran berskala besar di samping mengurangkan kos.
o   Menjadikan ekonomi berprestasi cemerlang

·         Meningkatkan mutu pengeluaran negara
o   Meningkatkan kualiti pengeluaran negara
o   Menghasilkan pengeluaran yang inovatif, kreatif dan bermutu tinggi.
o   Meningkatkan daya saingan.

·         Melahirkan tenaga kerja mahir.
o   Melalui perkhidmatan dengan syarikat asing atau usaha sama dengan syarikat asing.
o   Menguasai teknologi dengan cara ‘in house’
o   Berkhidmat dengan syarikat tempatan yang dipunyai syarikat luar.

·         Mengeksploitasi bahan mentah dan sumber asli secara cekap.
o   Menjadikan sumber asli kepada barang siap
o   Kejuruteraan yang tidak menjejaskan alam sekitar atau hutan
o   Memproses bahan buangan atau sisa hasil pertanian menjadi baja

·         Mencetuskan kesan rantai positif
o   Mencetuskan semangat keyakinan menerokai industri
o   Perancangan sektor ekonomi secara sistematik
o   Projek berskala besar

Kesimpulan,

o   Pemindahan teknologi perlu dilaksanakan dengan teliti dan terancang.
o   Langkah berhati-hati dapat mengurangkan kesan negatif kepada negara.