CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 26 Jun 2014

tugasan PT 3 sejarah - rujukan


 
catatan 2

soalan 

1. Tugasan PT 3 sejarah ni macam folio ke ?
- tak
- sebab prosesnya cuma dua minggu atau 6 waktu dalam kelas
- kita cuma ada masa dalam dua minggu untuk menyiapkannnya 
- kat rumah kita cuma cuba cari bahan yang saya dah tuliskan ( kita kena huraikan setiap satu tu eg pengenalan nak tulis apa dan seterusnya.

2. cara nak tulis rujukan 
- rujukan hanya tulis maklumat berkaitan 3 bahan yang kita ambik untuk dijadikan sumber rujukan
- biasanya buku/ internet dan majalah atau akhbar sahaja

a. Buku
Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to SingaporeSeparation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara”
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”,dalam JSEAH.Vol 1.Mac 1960.

c. Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

d. Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

e. Orang Sumber
 Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman  Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.

f. Melawat Tempat Kajian
·        Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato’ Onn, Pusat
Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
·        Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
·        Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
·        Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.


g. VCD
Tajuk program, terbitan.

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

j.Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

k. Sumber lain :
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

Selasa, 24 Jun 2014

Tugasan Sejarah PT 3- maklumat awal



Pentaksiran Tingkatan Tiga [ PT3 ] -   Pentadbiran Pelaksanaan Tugasan Mata pelajaran Sejarah


MAKLUMAT AWAL
1. Format instrumen pelbagai  - tahun ini - kajian kes
2. Panjang tugasan – 300 patah perkataan sahaja ( boleh lebih sedikit )
3. Tugasan ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ( tidak dibawa balik ke rumah )
4. Tugasan dilakukan oleh pelajar selepas bimbingan guru
5. Tugasan diselesaikan dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
6. Buat satu tugasan sahaja
7. Penilaian dibuat secara individu
8. Tugasan dilakukan di sekolah sahaja
9. Isu – pelajar tidak hadir – masih tertakluk pada tarikh penghantaran
10. Tajuk/ isi huraian  penulisan pelajar – biasanya lebih kurang sama
11. Tugasan tidak boleh dilakukan di rumah/ disediakan terlebih dahulu
12. markah dimasukkan dalam pelaporan PT3
13. Tiada proses  semak semula untuk tugasan kajian kes ini.

TUGASAN SEJARAH PT 3- objektif. kaedah




Jadual kerja / senarai semak 

 Objektif kajian 

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 

 Menetapkan kaedah kajian 

Membaca akhbar tempatan
Merujuk buku teks atau rujukan
Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

 Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia
 Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal

Tajuk rencana
Nama penulis
Isi kandungan
Pengenalan isu perpaduan secara umum

Kepentingan perpaduan kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia

Membuat rumusan

Meletakkan rujukan

Tarikh
Huraian

Mendengar taklimat daripada guru

Membuat rujukan lanjut ke laman web kementerian Pendidikan/ LPM

Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan

Menentukan tajuk tugasan

Membuat kajian perpustakaan

Membuat kajian internet

Membuat kerangka kasar

Merujuk guru tentang huraian tugasan

Membuat draf akhir

Menulis rencana ikut format

Menyemak tugasan

Menghantar laporan

Tugasan Sejarah PT3



TUGASAN

Baca petikan berikut dengan teliti.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.



Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:


Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul  contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British
·         Sistem pendidikan zaman British
·         Pendudukan Jepun
·         Peristiwa 13 Mei
·         Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
·         memelihara kedaulatan Negara
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia
·         membangunkan ekonomi negara
·         mengekalkan kestabilan politik
·         membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
·         Penubuhan parti politik
·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
·         Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah
·         parti politik berasaskan kaum
·         kesan dasar penjajahan british
·         Sikap individulistik dalam masyarakat
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
·         Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia               ( cadangan )

·         Kempen kerajaan
·         Program RIMUP
·         Gotong royong
·         Rumah terbuka
·         Sambutan perayaan
·         Program sukan
·         Slogan I Malaysia
·         Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan 
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar
·         Menghargai jasa tokoh

 (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/