CIKGU RAZAK
Rabu, 29 Februari 2012
kerja kursus sejarah 2012- ulasan 3 - elemen 1
- Buat atau pilih empat sahaja
- biasanya kita pilih majalah / buku / akhbar / internet
a. buku / majalah / jurnal
- cari buku berkaitan dengan tajuk kita
- tunjukkan guru sama ada sesuai atau tidak
- kalau sesuai
- photostat muka depan
- phostat muka dalam yang ada nama pencetak dan tahun cetakan
- photostat mukasurat yang ada kaitan dengan tajuk tugasan
- catatan - majalah yang sesuai
- biasanya yang resepi cikgu tak bagi sebagai rujukan
b. akhbar
- cari maklumat yang sesuai dengan tajuk
- photostat bahagian yang ada cerita tentang tajuk
- mesti ada pernyataan
- kalau gambar sahaja - mungkin tak diterima
- masukkan / potongkan juga tarikh surat khabar diambil dan dari surat khabar mana
c. orang sumber
- pergi ke tapak perushaan
- temuramah pengusaha
- buatkan tarikh / tempat / masa temu ramah
- trasnskrip temuramah disediakan
- kalau boleh panjang lebih 2 muka / langkau 2 baris
- soalan ada kaitan dengan hasil kajian
d. internet
- cari kat internet tentang tajuk kita
- web wikipedia .com boleh jadi bahan rujukan yang sesuai
- print apa yang kita dapat
- tanya cikgu boleh atau tidak
- pastikan ada cetakan http pada hasil cetakan kita
- jangan potong-potong hasil internet tu
e. melawat tempat kajian
- pergi ke tapak perusahaan
- ambil gambar di sign board/ papan tanda niaga pengusaha
- tuliskan tarikh lawatan / masa / tempat
- ambil gambar proses pembuatan bahan / produk
kerja kursus sejarah 2012- ulasan 2
- hasil kajian
- maklumat asas produk tempatan
i. nama produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah, lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
- contoh barang keluaran lain
ii. kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah Makanan ringan iaitu kerepek pisang.
iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik
Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat atau perusahaan ini mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal perusahaan kerepek pisang ini.
iv. Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.
- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling
- latar belakang
i. sejarah kewujudan
( bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )
perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.
- kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang
ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- bagaimana pengusaha memulakan perushaannya / adakah dengan menggunkan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi
Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.
iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan
- phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
- lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
- nama dan alamat lokasi perushaan boleh ambil di sini.
iv. tujuan / kepentingan produk
- kenapa produk dijual
- kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan
Sabtu, 11 Februari 2012
Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )
Ulasan awal saya
- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda
- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian
- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1
- - contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek
- bahulu /
- dodol /
- mi /
- kicap /
- budu /
- cencalok /
- mi siput /
- kuih raya
- pau
- roti
- dll yang sesuai
- ciri sama - ada sejuk beku / ada sistem packing/ pembungkusan /jualan secara atau skala besar
- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini
- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.
- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.
- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk
- Jarak juga memainkan peranan
- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3
soalan elemen 3
TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?
Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012
Tugasan 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :
i. makanan
ii. pakaian
iii. kraf tangan
iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )
Cara tulis hasil kajian
- Tajuk kajian
- Senarai kandungan
- penghargaan
- Objektif kajian
- kaedah kajian
- hasil kajian
- maklumat asas produk tempatan
i. nama produk
ii. kategori ( ikut soalan )
iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik
iv. lokasi
- latar belakang ( pilih 4 sahaja )
i. sejarah kewujudan
ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan
iv. tujuan / kepentingan produk
v. keistimewaan / kelebihan / keunikan
- kaedah / cara penghasilan ( pilih 4 sahaja )
i. tenaga kerja
ii. senarai bahan yang digunakan
iii. senarai peralatan
iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan
v. spesifikasi produk / daripada segi timbangan / sukatan / ukuran
vi. langkah kawalan mutu
- perkembangan produk ( pilih 4 sahaja )
i. rangkaian pemasaran
ii. pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan
iii. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi keuntungan yang diperoleh
iv. lambang identiti setempat
v. cabaran / masalah yang dihadapi
vi. potensi produk
vii. perancangan masa hadapan
- rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara
- lampiran
- gambar
- peta
- dokumen
- bahan lain yang berkaitan
- rujukan – mengikut format penulisan yang diberi
Selasa, 29 November 2011
CEMPAKA PUTIH UNTUKMU
BAB 17. TERSINGKAP MISTERI
- Persekolahan telah bermula semula. Hartini masih tidak pulang ke sekolahnya. Dengan keizinan pengetua Hartini diberikan cuti selama seminggu setelah papa menceritakan keadaannya ketika itu.
- Pada hari itu papa dan mama pergi ke Kuantan untuk mengambil barang Satiah di asramanya.
- Salah satu yang ditinggalkan ialah buku diari yang ditulis oleh Satiah .
- Dalam diari itu tertulis segala pengalaman yang dilaluinya, segala duka dan keperitannya menanggung kesakitan
- Pada halaman ke 25 Satiah menampalkan sekuntum bunga . Bunga ini menjadi lambang kewangian hidupnya dan mengharapkan apabila ia meninggal nanti bunga itu akan ditanam di atas kuburnya.
- Di dalamnya juga tercatat keadaannya yang sakit berterusan . Dia mendiamkan sahaja kesakitan itu dan menghadapinya berseorangan . Satiah juga menyatakan jika diberikan pilihan Satiah hanya mahu meninggal dunia setelah dia membalas jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga Hartini. Satiah juga menangis apabila mengenetahui bahawa Hartini dimasukkan ke dalam lokap akibat difitnah. Masih ada kesan air mata pada diari tulisan Satiah itu.
- Satiah meminta agar selepas dia meninggal Hartini tidak lagi bersedih dan meminta dia hidup dalam keadaan tabah dan tenang. Dia meminta Hartini menghadiahkannya segulung ijazah kepada kedua orang tua mereka.
- Satiah mengakhiri tulisannya pada halaman ke 180 dengan perkataan Allahyarhamah Satiah Morit.
- Hartini sedar ia perlu memenuhi wasiat daripada sahabat dan saudaranya Satiah.
BAB 18. CEMPAKA PUTIH UNTUKMU
- Hartini sudah bersiap untuk balik ke sekolah. Dia akan dihantar oleh ibu bapanya dan Pak Morit serta Mak Sukin.
- Pak Morit membawakan kepada Hartini buah rambutan , duku , langsat
- Hartini meminta mereka singgah di pusara Satiah yang sudah tiga minggu meninggalkan mereka. Satiah mensedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Satiah.
- Hartini menanam pokok cempaka putih di pusara Satiah dan mengharapkan ianya dapat mengharumkan kubur Satiah. ( Hartini menunaikan amanat Satiah yang dituliskan dalam diatinya itu ) sebagai tanda kasihnya kepada Satiah.
CEMPAKA PUTIH UNTUKMU
BAB 16. DIA PERGI JUA
- Hartini berasa kepenatan setelah berada di dalam lokap selama 3 hari. Dia tidak dapat pergi ke rumah Satiah bersama-sama. Satiah pulang ke rumahnya seorang diri.
- Ayah Hartini ingin membuat majlis kenduri doa selamat setelah apa yang dilalui oleh Hartini dan Satiah. Ibu bapa Satiah turut berada di rumah Hartini.
- Pada petangnya Hartini ke rumah Satiah. Hartini mencari-cari di mana Satiah . Hartini duduk sahaja di situ hampir setengah jam
- Mereka ( Akob ) menjumpai Satiah sduah terlentang di tepi perigi dalam keadaan berdarah.
- Hartini memangku kepala Satiah dan cuba mengejutkannya. Satiah tidak memberi sebarang reaksi.
- Hartini meminta Akob menyampaikan berita / keadaan Satiah kepada ibu bapa mereka.
- Tidak berapa lama selepas itu kedua ibu bapa mereka sampai. Bapa Aton membantu Hartini mengangkat Satiah masuk ke dalam rumah.
- Satiah dihantar ke hospital oleh Papa. Dan dimasukkan ke dalam wad ICU
- Pada malamnya mereka ke hospital untuk melawat Satiah.
- Pak Morit membritahu bahawa keadaan Satiah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia semakin tenat.
- Hartini melihat Satiah yang ditempatkan di sebuah bilik. Dia mengetahui bahawa Satiah sedang berjuang dengan maut. Mama membacakan surah Yassin untuk Satiah.
- Mak Sukin masuk ke bilik lalu mendakap tubuh Satiah beberapa kali diikuti dengan Pak Morit dan Papa.
- Orang terakhir masuk ke bilik itu ialah Hartini. Walaupun enggan melihat keadaan Sataih sepeerti itu Hartini menguatkan semangatnya. Dia mensedekahkan bacaan al Fatihah di telinganya , membisikkan kalimah syahadah dan mengharapkan Satiah meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman dan tenteram. Dia memohon maaf atas kesalahannya selama ini. Hartini meredhakan pemergian Satiah walaupun berat hati.
- Selang beberapa ketika doktor masuk dan mengesahkan bahawa Satiah telah meninggal dunia.
- Hartini pengsan.
- Apabila sedar Hartini melihat ramai orang berada di rumahnya. Hartini masih separuh sedar dengan peristiwa yang terjadi sebelum itu. Dia bertanyakan kepada mamanya di manakah Satiah.
- Ustaz Amin yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah mereka meminta Hartini menerima ketentuan takdir. Hartini diminta bersabar dan bertawakal.
- Hartini kemudiannya mendapatkan jenazah Satiah. Dia mencium jenazah Satiah dengan linangan air mata.
- Bagi Hartini pemergian Satiah sumpama pegi membawa penderitaan Satiah dan segala keriangannya. Satiah telah mengambil segala keriangan Hartini.
- Sebenarnya Pak Morit sengaja melambatkan jenazah dikebumikan kerana menunggu Hartini sedar daripada pengsan. Jenazah hanya dikebumikan selepas pukul 11.00. Pak Morit mahu supaya Hartini menyaksikan urusan jenazah Satiah dijalankan kerana dia khuatir Hartini tidak dapat menerima kenyataan.
- Setelah jenazah Satiah dikebumikan Hartini duduk di tepi kubur dengan penuh kesyahduan.