CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 29 April 2013

Kerja kursus sejarah .... ulasan saya

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013

ULASAN SAYA TERHADAP SOALAN / REAKSI PELAJAR

1. yang saya cuba buat huraian  setakat ini ialah  contoh penulisan bagi penanam pisang / penanam ubi dan penternak itik.

2. saya telah memasukkan serba sedikit cara huraian bagaimana ianya dilakukan denga beberapa penerangan terutama untuk elemen 1,3 dan elemen 2 dapat dihuraikan mengikut tajuk kajian saya.
Bagi elemen 3 anda tidak perlu merujuk kepada tajuk spesifik anda untuk menghuraikan/ menulis esei berkaitan dengan penerapan nilai ini sebab soalannya tidak merujuk pada tajuk kita. jadi kita hanya menulis karangan tersebut mengikut tajuk / soalan yang diberi dan bukan berkaitan dengan tajuk kajian kita.

3. para pelajar yang meminta saya membuatkan huraian tentang perkara lain / selain daripada tajuk yang saya buat hendaklah menggunakan cara yang saya cuba huraikan mengikut tajuk dengan disesuaikan dengan tajuk anda. saya tidak dapat menulis mengikut setiap tajuk yang dikehendaki setiap seorang daripada anda. ( saya sediakan asas sahaja bagi awak buat rujukan bagaimana ianya dihuraikan untuk hasil kajian . penerangan saya dimasukkan ke dalam huraian bertanda warna merah sebagai penerangan lanjut bagi disesuaikan dengan tajuk awak.

4. saya hanya akan membalas kepada beberapa masalah teknikal yang dihadapi oleh pelajar bukan tentang cara huraian pada hasil kajian.

5. harap memahami keadaan saya.apa yang saya lakukan ialah satu bentuk bantuan dan bukannya satu keperluan untuk semua pelajar. saya sekadar membantu .

6. sebarang masalah masukkan di bahagian ini sebab saya akan merujuk tajuk ini sahaja selepas ini.

Sabtu, 20 April 2013

Contoh hasil kajian - penternakan itik/ telur asin


1 Maklumat Asas

1.1.            Nama/jenis kegiatan ekonomi

Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penternakan itik telur yang diusahakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim .

1.2.            Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

Penternakan itik telur  ini telah dimulakan oleh Encik Mohamadiah Bin Hashim   dan Puan Yasmin Bt Abdullah  mulai tahun 1998. Pada masa tersebut beliau mengusahakan ternakan itik kira-kira 100 ekor .Beliau menternak itik  di bahagian  tepi rumahnya dengan keluasan  kira-kira suku ekar.

1.3.            Lokasi/tempat kajian
Lokasi atau tempat kajian ini dijalankan ialah di Kg Sawah Laku, Bukit Kepong Muar  Johor .
Lukiskan peta mudah seperti peta pada kad kerja kahwin tetapi detail sedikit yang menunjukkan arah  mana lokasi rumah Encik Mohamadiah  tu berada . Peta ini boleh diletakkan di bahagian 1.3 ini. Besar peta inisatu muka surat.

1.4.            Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan

Penternakan itik ini  turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan Kg Kecik Bukit Kepong iaitu kira-kira 6 kilometer dari rumah ini. Ada juga seorang pengusaha dari Kg Baru Batu 28 Lenga iaitu Encik Zainuddin Bin Jamal mengusahakan penternakan yang sama dengan beliau.  Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Mohamadiah Bin Hashim   kerana beliu merupakan antara orang yang lama  terlibat dengan penternakan itik telur  di kampung ini selain jarak rumahnya dengan rumah saya yang berdekatan bagi membuat kajian kerja kursus ini.

2.             Latar Belakang

2.1.            Tujuan dijalankan

Encik Mohamadiah  pada mulanya menternak itik  untuk digunakan sebagai sumber  makanan dan masakan sendiri. Penternakan itik telur ini  dilakukan kira-kira 100 ekor sahaja  pada peringkat awal. Encik Mohamadiah menggunakan itik telur  untuk membuat telur asin .

2.2.            Proses/cara pelaksanaan

Penternakan itik telur ini  sangatlah mudah kerana ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar,keluasan tanah , modal, pekerja dan peruntukan masa bekerja yang banyak. Hal ini demikian kerana proses awal penternakan itik ialah penyediaan  atau pembelian benih itik  .

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.
2.2.3. PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
  1. mempunyai daya hidup yang tinggi
  2. bebas dari kecacatan
  3. penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 – 300 biji setahun)
  4. menghasilkan telur yang berkualiti
  5. berat antara 65 – 75 gm sebiji
  6. kulit telur adalah keras
  7. warna kuning telur kemerah-merahan
  8. saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 – 1.8 kg
  9. ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.
2.2.4. PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
·         Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
·         Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 – 4 kaki persegi.
·         Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
·         Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.
2.2.5. PERALATAN
Induk palsu antaranya:
·         Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
·         Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
·         Sarang bertelur
·         Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya
2.2.6. PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
·         Makanan komersil
·         Makanan campuran sendiri
1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan
Semasa itik berumur 0-2 minggu makanan yang digunakan ialah jenis Duck starter , bagi usia 2-3 minggu ialah campuran antara duck starter dengan duck grower . Pada usia itik 4 hingga 6 minggu makanan yang sesuai diberikan ialah jenis duck grower manakala pada usia 16 minggu dan semasa bertelur itik diberikan makan jenis layer.

Berat makanan yang diberikan ialah berasaskan usia itik telur tersebut. Bagi usia di bawah 4 minggu itik makan lebih kurang 1.2  hingga 1.6 kilogram , 5 hingga 22 minggu ialah kira-kira 11.0 hingga 11.8 kilogram. Bagi itik yang berusia lebih 22 minggu mereka diberikan kira-kira 160 hingga 170gram makanan bagi setiap ekor.

Sesetengah penternak itik menggunakan makanan yang dicampur sendiri untuk diberikan kepada itik peliharaan mereka. Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan itik boleh diambil kerana ianya murah dan mudah serta mudah diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan itik. Antara bahan yang digunakan ialah beras hancur , dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian , batu kapur, jagung , synthetic pigment dan lain-lain.

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg.

2.2.7. KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
  1. Menjaga kebersihan ladang setiap masa
  2. Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
  3. Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 – 3 hari.
  4. Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
  5. Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
  6. Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.
2.2.8. KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
·         Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
·         Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 – 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
·         Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
·         Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
·         Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.


Galeri Penternakan itik Muscovy
t_itik.gif
Ruang yang mencukupi bagi ternakan itik samaada didalam atau diluar reban

Sistem keselamatan dilengkapi dengan kawasan ternakan yang berpagar.
t_ternakan.gif
Antara bangsal ternakan itik muscovy.
t_anakdikdik.gif
Benih anak itik dimasukkan secara berperingkat bagi tujuan kawalan pengeluaran dan pemasaran.
Pemasukan benih dengan 3 peringkat kemasukan tiap satu berjumlah 1,000 ekor
t_itikmesini.gif
Kemudahan, pengawasan dan penyeliaan ternakan adalah dibantu oleh kakitangan Jabatan Veterina Daerah.

Pemasaran dan pasaran dirancang dengan kerjasama jabatan dan pemborong pihak FAMA

Pengangkutan dan pemasaran adalah sistem yang disediakan bagi menjamin kelangsungan projek.


( di sini anda boleh memasukkan gambar proses awal sebelum dan semasa itik ini diternak, dijaga  , membesar dan mengeluarkan telur. Gambar ini boleh diambil daripada internet untuk menunjukkan perjalanan proses penternakan  dijalankan – kalau boleh step by step. Pada bahagian bawah gambar tuliskan apa maklumat yang anda ingin nyatakan pada gambar yang kita ambil tu . kalau kita ada kamera boleh ambil gambar masa jumpa dengan orang yang bela itik  tu.)

2.3.            Peralatan/kaedah yang digunakan

2.3.1.                   PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
·         Persediaan sebelum ketibaan anak itik
·         Pemeliharaan semasa perindukan
·         Pengurusan semasa membesar
·         Pengurusan semasa bertelur
Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
·         Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
·         Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 – 4 inci.
·         Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 – 3 jam sebelum anak itik sampai.
Pemeliharaan Semasa Perindukan
·         Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
·         Masa perindukan adalah selama 20 – 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
·         Beri antistress selama 3 hari.
·         Beri makanan duck starter crumble tanpa had
·         Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
·         Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.
Pengurusan Semasa Membesar
·         Keluarkan alat pemanas dan pembentung
·         Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
·         Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
·         Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 – 2800k/cl
·         Timbang 2 – 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
·         Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.
Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 – 22 minggu. Oleh itu :-
·         Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 – 2900 k/cl.
·         Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 – 5 minggu sebelum bertelur.
·         Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 – 170 gm sehari /ekor.
·         Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
·         Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)
·         Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
·         Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
·         Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
·         Semak keperluan cahaya mengikut umur itik


( masukkan gambar orang menjaga itik  )
Masukkan gambar itik  – kecik sampai besar – boleh ambil dari internet  )


2.4.            Produk yang dihasilkan

Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-
Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang perseorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 – 15.0.
Telur Masin
·         Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Produk yang dihasilkan ialah telur asin ( boleh ambil gambar telur asin daripada intenet . masukkan kat sini , tuliskan  maklumat  gambar tu. )

3.             Sumbangan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat


3.1.            Sumber pendapatan
Dengan mengusahakan penternakan itik ini Encik Mohamadiah  dapat menambah pendapatan keluarga beliau. Pada masa sekarang purata jualannya ialah sekitar  400 – 500 biji sebulan . Setiap biji telur asin ini dijual kepada pemborong dengan harga  RM 0.40 . Jadi pendapatan kasr daripada jualan telur asin  ini ialah sebanyak RM 160 hingga RM 200  sebulan .

3.2.            Memenuhi permintaan

Encik Mohamadiah  juga memenuhi permintaan masyarakat setempat untuk jamuan tertentu, kenduri kendara dan majlis perkahwinan. Beliau menyatakan bahawa tempatah dibuat mengikut jumlah tertentu sebelum majlis tersebut berlangsung. Beliau menyatakan anggaran tempahan telur asin  untuk majlis di atas ialah sekitar 50  ke 100  biji .
( masukkan gambar bunga telur daripada telur asin kat sini )

3.3.            Pembangunan kawasan setempat

Penglibatan penduduk kampung ini dalam penternakan itik  lain-lainnya telah menyebabkan kawasan ini dapat membangun dengan beberapa jenis perusahaan kecil dan sederhana.

3.4.            Peluang pekerjaan

Penternakan itik dan perushaan telur asin ini  tidak menyediakan peluang pekerjaan kerana dilakukan oleh beliau dan isterinya sahaja. Ianya pula dilakukan pada waktu lapang dan mengikut masa tertentu sahaja.


4.             Prospek

4.1.            Cabaran/kekangan yang dihadapi

Encik Mohamdiah  menyatakan bahawa beliau menghadapi masalah berkaitan dengan keluasan tapak ternakan . Beliau tidak memiliki kawasan tanah lapang yang sesuai dijadikan tapak menternak itik

Masalah lain yang beliau hadapi ialah kos makanan itik yang semakin meningkat . Kos makanan itik akan bertambah jika sekiranya beliau berhajat untuk menambah jumlah ternakan itiknya.

4.2.            Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

Proses penternakan itik  ini  memerlukan bantuan dan nasihat daripada pihak jabatan haiwan kerana proses awalnya sedikit rumit dan memerlukan kaedah penjagaan tertentu. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa penternak itik yang gagal mengeluarkan telur akibat cara pemakanan itik yang tidak sesuai. Ianya meyebabkan pengeluaran awal telur tidak dapat dikekalkan jumlahnya secara berpanjangan . Keadaan itik yang tidak mudah sakit menyebabkan usaha menjaga dan emmelihara itik ini sedikit mudah
( boleh masukkan mana yang sesuai galakan daripada badan atau agensi kerajaan dalam memastikan kejayaan usahawan / ternakan/ pertanian dll dapat dijayakan dengan lebih baik / kalau ada gambar lawatan daripada pegawai pertanian/ haiwan melawat reban itik lagi baik)

4.3.            Reaksi/penerimaan masyarakat

Masyarakat di kampung ini menternak itik untuk  keperluan sendiri terutama untuk masakan  harian .
( boleh masukkan kejayaan yang dicapai oleh pengusaha sepanjang dia mengusahakan tanaman/ ternakan/ usaha selama ini – terutama daripada segi sambutan/ kepercayaan pelanggan terhadap keluaran nya dsb )

4.4.            Saranan dan harapan

Encik Mohamadiah mengharapkan agar beliau dibantu daripada segi pajakan tanah untuk meluaskan penternakan itik / menambah jumlah belaan ) .

( boleh masukkan keperluan bantuan daripada pihak kerajaan daripada segi modal/ benih/ baja / sokongan input pertanian yang lain / bantuan kandang/ dll yang berkaitan ke arah membesarkan lagi perushaan ini )