CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 28 Februari 2010

perpaduan dan dasar pendidikan

Perpaduan dan perkembangan pendidikan Negara

1. Faktor perpecahan kaum di Malaysia
 dasar pecah perintah amalan Inggeris
 timbul perpecahan / pemisahan kaum mengikut lokaliti / bidang pekerjaan
 perbezaan agama / budaya hidup
 perjuangan persatuan berasaskan etnik / kaum dan agama yang memperjuangkan nasib masing-masing
 perkembangan sekolah aliran vernakular
 perkembangan sistem persuratkhabaran / pelbagai bahasa


2. Rusuhan kaum 13 Mei 1969
 berlaku pergaduhan kaum di beberapa kawasan di Kuala Lumpur
 disebabkan oleh isu sensitif yang diungkitkan oleh parti politik dalam pilihan raya 1969
 isu – hak istimewa orang melayu , kedudukan bahasa melayu, hak kewarganegaraan , kesetiaan kaum bukan melayu dan perbezaan dan kedudukan agama seta budaya
 bagi mengawal rusuhan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan membubarkan parlimen
 kesedaran dipihak kerajaan bahawa perpaduan belum mantap


3. Majlis Gerakan negara
 dilaksanakan kesan rusuhan kaum 1969
 setelah bubar parlimen MGN ( MAGERAN ) ditubuhkan yg bertindak sebagai badan pemerintah
 mentadbir menggunakan undang-undang darurat
 tujuan penubuhan – mengembalikan keamanan / undang-undang , menentukan pentabiran berlaku dengan licin , mewujudkan keharmonian kaum
 mewujudkan – Jabatan Perpaduan negara , Majlis Muhibah negara dan menggubal rukun negara dan DEB


4. Rukun negara
- mengandungi 5 cita-cita – perpaduan / cara hidup demokratik /masyarakat adil / menjamin kebebasan / membina masyarakat progresif
- 5 prinsip KKT , KKRdan N, KP , KUU , KK


5. langkah mencapai perpaduan


 Rukun negara - Memupuk satu iedologi bersama
 DEB dan Dasar Pembangunan Nasional - basmi kemiskinan
- menyusun semula masyarakat
 Dasar Pendidikan negara - Melahirkan insan bertolak ansur dan patriotik
 Dasar kebudayaan Kebangsaan- Memupuk satu budaya bersama yg dihayati dan dibanggakan dengan sepenuhnya
 Bahasa kebangsaan -BM sebagai bahasa kebangsaan – masyarakat satu bahasa satu bangsa
 Jabatan Perpaduan negara- Merancang strategi mencapai perpaduan
 Integrasi wilayah - Mengeratkan hubungan penduduk antara wilayah
 Permuafakatan politik - Pembentukan Barisan Nasional / hasil gabungan parti politik pelbagai kaum
6. perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 sebelum merdeka ada empat aliran sekolah ( melayu , inggeris , aliran cina dan tamil
 dua aliran sekolah menengah – inggeris dan sekolah cina
 ciri – satu kaum sahaja, bahasa penghantar yang berlainan , sukatan pelajaran
 tidak membantu mewujudkan persefahaman kaum


7. penyata Barnes
 diwujudkan pada 1950 ( LJ Barnes )
 tujuan – mengkaji sistem pendidikan di Tanah Melayu
 usul – gantikan sekolah vernakular / aliran kepada sekolah kebangsaan pada peringkat sekolah rendah
 penggunaan BI dan BM sahaja
 BI jadi bahasa penghantar di sek menengah
 Sukatan pelajaran yg sama
 Pendidikan sekolah rendah percuma


8. Penyata Fern Wu
 1951 oleh DR WP Fenn dan Dr Wu Teh Yao
 Tujuan – kaji sistem pendidikan Cina di TM
 Usul – sekolah cina dikekalkan
 Sukatan – berasaskan keadaan di TM
 Usul ini ditolak oleh orang melayu

9. Ordianan Pelajaran 1952
 Digubal oleh JK penasihat pelajaran pusat
 Usul – menjdaikan sek keb sebagai corak sistem persekolahan untuk semua
 Sek rendah 6 tahun , BI dan BM jadi bahasa penghantar
 BC dan BT digunakan sebagai bahasa ketiga
 Dasar ini tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan , politik dan darurat pd masa itu


10. Penyata Razak 1955
- diketuai TAR ( menteri pelajaran ketika itu- untuk kaji sistem pendidikan kebangsaan
- usul- 2 jenis sek rendah – umum , jenis umum
- BM di sek umum
- BI BC BT digunakan sebagai bahasa penghantar di sek jenis umum
- BM diajarkan di semua sekolah
- Sukatan yang sama di semua sekolah
- Satu sek menengah – BM dan BI digunakan sebagai bahasa penghantar
- Mendapat tentangan daripda orang melayu / guru – menganggap tak tegas dalam melaksanakan BM
- Orang cina / guru menentang – mengabaikan pendidikan BC
- Dikuatkuasakan sebagai Oridnan Pelajaran 1957


11. Penyata Rahman talib 1959
- JK diketuai oleh ART untuk mengkaji pelaksanaan PR
- Usul- pelajaran percuma sekolah rendah
- Perkenalkan sekolah vokasional
- Nama sekolah ditukar SRK dan SRJK
- Peperiksaan awam dibuat dalam BI atau BM sahaja
- Kelas peralihan kepada pelajar SRJK yg memasuki sek menengah
- Mata pelajaran Agama Islam , BC ,BT diajar jika lebih daripada 15 murid yang mempelajarinya
- Dikuatkuasakan sebagai akta pelajaran 1961

Akta pelajaran 1961
- berasaskan PRT
- usul – sistem persekolahan yg sama untuk semua rakyat
- BM sebagai bahasa penghantar semua peringkat sekolah ( SR SM )
- Sukatan pelajaran / peperiksaan yg sama
- 1978 – LCE – SRP , 1980 – MCE – SPM , 1983 – BI sebagai bahasa penghantar di universiti – BM
- Penekanan pendidikan teknik dan vokasional
- Penekanan mata pelajaran P moral dan keagamaan

12. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
- diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad ( menteri pelajaran )
- usul – penekanan 3M di peringkat sekolah rendah
- sek vokasional dibanyakkan
- sekolah swasta guna kurikulum / sukatan yg sama
- pelajar sek swasta ambil peperiksaan awam yg sama
- kegiatan kokurukulum
- pelaksanaan - KBSR 1982 , KBSM 1988 / 1989
- mata pelajaran sejarah diwajibkan dalam SPM , P moral diwajibkan kepada bukan Islam
- pengenalan mp Kemahiran hidup
- tempoh pendidikan dari 9 kepada 11 tahun


13. Akta Pendidikan 1995
- sistem pendidikan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti dan mencapai aspirasi negara
- menjadikan FPN sebagai landasan kepada dasar pendidikan
- tempoh pendidikan rendah 5-7 tahun
- pendidikan pra sekolah dijadikann sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
- pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
- peruntukan diadakan bagi mengawal selia penididikan swasta


14. Hala tuju sistem pendidikan Malaysia 1990-2000
- SPM jadi sijil terbuka
- Sekolah Bestari – mengutamakan / menerapkan aplikasi teknologi maklumat
- Mewujudkan sekolah wawasan
- Penggunaan alat teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
- MP sains dan Matematik dalam BI
- Perkenalkan mp sivik dan kewarganegaraan untuk memupuk semangat patriotik


15. Falsafah pendidikan negara
- memperkembang potensi individu
- mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
- memupuk kepercayaan kepada Tuhan
- melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak mulia
- melahirkan masyarakat yang dapat menyumban kepada keharmonian dan kemakmuran


16. Dasar pendidikan negara
Objektif
- menubuhkan suatu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan sosial ekonomi dan politiknya
- menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi
- memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan pendek
- melahirkan masyarakat yang bersatu padu berdisiplin dan terlatih
17.

DASAR

DASAR DALAM NEGARA – DASAR EKONOMI
1. DEB
2. Dasar Pembangunan Nasional
3. Dasar Wawasan Negara
4. Dasar Pertanian Negara
5. Dasar Perindstrian Negara
6. Pelan Induk Perindustrian
7. Dasar Perindustrian Berat
8. Dasar Peswastaan
9. Dasar Persyarikatan Malaysia
10. Dasar Sogoshosha
11. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
12. Dasar Beban Perbelanjaan Awam
13. Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia
14. Dasar Telekomunikasi Negara
15. Dasar Sains dan Teknologi
16. Dasar Urbanisasi Negara
17. Korido Raya Multimedia


 Dasar Ekonomi Baru
- program 20 tahun dari 1970 – 1990
- matlamat nya untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yg wujud antara kaum , wilayah dan kawasan di negara ini
- rasional – kadar kemiskinan tinggi / jurang perbezaan pendapatan / pengenalan kaum mengikut eknomi / tercetus peristiwa 13 Mei 1969
- objektif – basmi kemiskinan tanpa mengira kaum / basmi pengenalan kaum mengikut jenis ekonomi / menambah penglibatan rakyat tempatan terutama bumiputera dalam badan korporat
- strategi
 majukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti KEJORA , DARA , JENGKA
 baiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu melalui pendidikan , latihan dan kesihatan
 mewujudkan kelas peniaga , pedagang dan pengusaha Melayu dan penambahan pemilikan modal kepada 30%
 menubuhkan agensi pembangunan luar bandar UDA , PNB , MARA, Bank Rakyat dan Bank Pertanian


1. Dasar Pembangunan Nasional
- menggantikan DEB
- terkandung dalam RRJP ke 2
- tempoh pelaksanaan – 1991-2000
- matlamat – untuk mewujudkan pembangunan seimbang bagi melahirkan masy yg bersatu padu dan adil
- objektif
 wujudkan keseimbangan optimum pertumbuhan ekonoi dan pengagihan yg saksama
 Galakkan pembangunan seimbang
 Menghapuskan ketidakadilan sosioekonomi
 Mewujudkan integrasi nasional
 Melahirkan masyarakat yg progresif , sejahtera dan bernilai positif
 Mengggalakkan pembangunan sumber manusia
 Mengggalakkan perlindungan alam sekitar

- Strategi
 Mengurangkan kemiskinan relatif
 Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
 Membabitkan sektor swasta dalam proses penyusunan masyarakat
 Menumpukan perhatianterhadap pembangunan sumber manusia

2. Dasar Wawasan Negara
- merupakan Rangka Racangan Jangka Panjang ke 3 ( RRJKP 3 )
- menumpukan perhatian terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara
- bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yg mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran

rasional
- membangunkan Malaysia sebagai negara yg mempunyai masyarakat berasaskan pengetahuan
- menjana pertumbuhan yg didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan
- menjadikan sektor pertanian , pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik
- membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil yg miskin
- mencapai penyertaan bumiputera yg berkesan dan pemilikan sekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010
- meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi
- mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia
- objektif
 membina bangsa yg berdaya tahan
 Masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidak seimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah
 Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi
 Mengukuhkan pembangunan sumber manusia
 Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mapan

3. Dasar Pertanian Negara
- dasar pertanian pertama – 1984- 1991
 memaksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan sumber secara cekap
 pertanian dibuat secara komersial
 menggalakkan perladangan berkelompok
 sistem pengurusan moden dan jentera yang intensif
 galakkan peranan swasta dalam pembangunan pertanian

- dasar pertanian kedua – 1992-1998
 dibuat kerana dasar sebelum ini tidak berjaya
 memodenkan sektor pertanian
 program pembangunan bersepadu
 mengintensifkan penyelidikan dan pembangunan
 memberi peranan lebih kepada sektor swasta
 reformasi sistem pemasaran
 menggalakkan output makanan untuk kegunaan domestik dan eksport

- dasar pertanian negara ke tiga ( 1998-2010 )
 digubal kerana masalah ekonomi yang melanda
 meningkatkan sekuriti makanan – kualiti pengeluaran bahan makanan
 membina hubungan antara sektor pertanian / perindustrian dan perkhidmatan
 peningkatan produktiviti

4. Dasar Perindstrian Negara
- 1950-1960 – mempelbagaikan sektor ekonomi , fokus getah dan bijih timah
- Fokus industri bercorak gantian import
- 1970-an – industri berasaskan eksport dan buruh yang ramai

BADAN PERUNDANGAN

BADAN PERUNDANGAN PERSEKUTUAN PARLIMEN

 Pengenalan
- badan perundangan persekutuan ialah parlimen
- parlimen merupakan badan yg berkuasa untuk gubal dan lulus u negara
- komponen parlimen – YDA , Dewan Rakyat dan Dewan Negara

 keistimewaan parlimen
- apa-apa prosiding dalam parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah
- ahli p tidak boleh didakwa di mahkamah atas apa-apa yg dikatakan dan pengundian yg dibuatnya dalam parlimen
- ahli parlimen tidak boleh mempersoalkan perkara sensitif di bawah akta hasutan iaitu hak istimewa orang Melayu / kewarganegaraan / bahasa kebangsaan / kedaulatan raja-raja Melayu

 YDA
- sebahagian drpd parlimen
- tidak mengambil bahagian dalam persidangan DR atau DN
- bertitah dalam pembukaan rasmi penggal parlimen
- memanggil persidangan parlimen / menangguhkan penggal p mengikut perlembagaan
- membubabarkan parlimen
- memperkenankan – akta baru / pindaan akta lama / pindaan perlembagaan / rang u-u kewangan

 dewan rakyat
- keanggotaan – 222 ahli yg dipili melalui pr umum / dipanggil ahli parlimen / boleh terdiri daripada anggota sesebuah parti atau bebas
- hanya ahli sahaja yg boleh menjadi PM
- bidang kuasa
- membahaskan hal dan masalah rakyat
- menyemak dan membahas dasar kerajaan
- menggubal dan meluluskan undang-undang persekutuan
- mempunyai kuasa pemutus dalam rang u kewangan
- speaker
- boleh merupakan ahli DR / bukan ahli
- dipilih oleh DR / diperkenankan oleh YDA
- dibantu oleh 2 orang timbalan
- tugas – pengerusi persidangan / menjaga tatatertib anggota / kenakan tindakan disiplin kepada ahli tak berdisiplin / jurucakap DR / memaklumkan kekosongan kerusi kepada SPR
- setiausaha
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- menguruskan pentadbiran DR/ menyediakan penyata rasmi DR @ hansard
- beliau hanya boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
- cukup korum – 26


DEWAN NEGARA
- mengandungi 70 ahli
- ahli – dipilih/ lantik
- ahli dipanggil senator
- DUN setiap negeri akan memilih 2 ahli DUN untuk jadi senator – jumlah 26 orang
- YDA lantik 2 orang bagi WP KL , 1 WP Labuah .1 WP Putrajaya dan 40 orang drpd seluruh negara ( mengikut nasihat PM – 44 orang )
- Senator lantikan YDA biasanya – banyak berjasa / cemerlang dalam perkhidmatan awam /wakil bidang profesional / wakili kaum minoriti
- Berumur lebih 30 tahun
- Tempoh perkhidmatan – 3 tahun / maksimum 2 penggal @ 6 tahun
- Bidang kuasa – bahas hal rakyat / bincang dasar kerajaan / bahas , tangguh rang undang-undang , pindaan akta atau pindaan perlembagaan
- Speaker – lantikan / kuasa/ bidang tugas sama dengan speaker DR

Ketua pentadbiran parlimen
- jawatan baru diwujudkan oleh kabinet pada tahun 2005
- tugas – meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan menerima arahan kabinet membabitkan urusan parlimen secara terus
- ketua pentdbiran dilantik oleh YDA atas nasihat PM


saraan ahli parlimen – kumpulan wang yg disatukan

hilang kelayakan sebagai ahli DR dan DN
- didapati tidak sempurna akal
- bankrap/ belum dilepaskan
- tak hantar penyata perbelanjaan pilihan raya
- memegang jawatan berpendapatan
- disabitkan dengan kesalahan – penjara lebih satu tahun / denda lebih RM 2000
- sengaja mendapat kewarganegaraan asing

pembubaran parlimen
- jangka hayat parlimen ialah 5 tahun
- dikira dari tarikh persidangan pertama
- boleh dibubarkan lebih awal oleh YDA atas nasihat PM
- kalau parlimen bubar DR bubar , DN terus berfungsi
- hendaklah dibuat pr – dalam masa 60 hari
- persidangan parlimen seterusnya mesti dibuat dalam masa 120 hari pembubarannya



PERSIDANGAN PARLIMEN

- Agenda awal persdiangan parlimen ialah
i. rancang takwim bagi DR
ii. pembahagian tempoh / 5 penggal – setiap penggal 1 tahun
iii. dalam setiap penggal ada 2 atau 3 kali persidangan
iv. jarak masa antara dua persidangan tidak boleh melebihi enam bulan atau 180 hari
v. melantik speaker
vi. angkat sumpah
vii. lantik ketua pembangkang
viii. titah ucapan diraja
ix. ucapan terima kasih
x. persidangan bermula
-

 fungsi parlimen
- menggubal dan meluluskan u persekutuan
- pinda u persekutuan sedia ada / u persekutuan
- semak dan bahas dasar kerajaan
- luluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil cukai baru
- forum kritikan dan fokus pendapat awam tentang perkara nasional

 jawatankuasa parlimen
- penubuhan 5 jk – pemilihan / peraturan tetap / dewan / hak ahli dan akaun awam
- kesemua jk ada dalam DR , di DN ada 4 sahaja kecuali jk akaun awam
- kalau ada keperluan diwujudkan jk adhoc/sementara di kedua-dua dewan



jenis undang-undang di parlimen
1. rang u awam / kerajaan
- melibatkan keseluruhan u yg berhubung dengan dasar awam , negara dan rakyat
- dibentangkan oleh menteri yg mewakili pihak kerajaan
2. r u persendirian
- melibatkan orang atau kumpulan orang , pertubuhan , perasatuan atau perbadanan tertentu sahaja
- bercorak tempatan atau persendirian
3. r u ahli persendirian
- dibentangkan oleh ahli DR selain menteri atau timbalan menteri
- boleh meliputi seluruh negara atau pihak tertentu sahaja
4. r u hibrid
- u campuran yg dibentangkan oleh menteri/ ahli DR yg menyentuh kepentingan tertentu


prosedur penggubalan undang-undang dalam parlimen

1 Rang undang-undang didraf oleh menteri
2 Rang undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara
3 Kelulusan kabinet
4 Bacaan pertama - Peringkat ini merupakan satu formaliti
Menteri yg berkenaan atau speaker atau pembentang r u membaca tajuk sahaja
Tiada sebarang perbahasan tentang r u itu pada peringkat ini
5 Bacaan kedua - Peringkat paling penting
R u dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh dalam DR dan DN
Menteri yg bertanggungjawab perlu menjawab pertanyaan berkaitan dengan r u itu
Undian – tolak / terima dibuat di DR
Setuju – diserahkan kepada jawatankuasa
6 Peringkat jawatankuasa Ada jawatankuasa khas
R u dibahaskan dengan lebih terperinci
Jk berhak mengubahsuai / meminda
7 Bacaan ketiga Dibahaskan di DR jika perlu
Undian dibuat untuk kelulusan
8 R u diperkenan oleh YDA R u dipersembahkan kepada YDA
YDA mesti memperkenan r u dalam masa 30 hari
9 R u dimasukkan dalam warta kerajaan Diwartakan dalam warta kerajaan
Ia dicetak lalu dimasukkan dalam warta kerajaan
Boleh dikuatkasakan kerana telah menjadi u
Satu salinan dipaparkan di parlimen



PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Dalam 4 kaedah

Kaedah 1
- sokongan majoriti 2/3 ahli majlis parlimen dan perkenan MRR
- isu – kedudukan istimewa orang Melayu / bumiputera Sabah dan Sarawak
- kepentingan sah kaum lain
- hak dan kedaulatan raja
- tugas dan kuasa MRR
- hal ehwal Islam
- kedudukan bahasa kebangsaan
- kewarganegaraan
- keistimewaan parlimen
- pengubahan sempadan antara negeri di Semenanjung Malaysia
Kaedah 2
- sokongan majoriti 2/3 di majlis parlimen dan persetujuan YD ng Sabah dan sarawak
- isu – hak warga S & S untuk menjadi warganegara Malaysia
- pelantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi
- soal agama , bahasa dan keistimewaan bumiputera
- kuasa perundangan negeri di negeri ini
- hak kesamarataan penduduk di negeri ini
Kaedah 3
- sokongan majoriti mudah ahli majlis parlimen
- bentuk sumpah dan ikrar
- pemilihan dan persaraan ahli DN
- peruntukan tambahan kewarganegaraan
- persempadanan kawasan pr
- perkara dalam senarai persekutuan , senarai bersama dan senarai perundangan
- perkara dalam senarai negeri dalam senarai perundangan terutama yg melibatkan pelaksanaan triti , perjanjian atau konvensyen dan menyamakan u antara negeri
Kaedah 4
- sokongan majoriti 2/3 ahli majlis parlimen bagi hal yang tak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan di atas


BADAN Perundangan Negeri ( Dewan Undangan Negeri )

Pengenalan
- terdapat 13 DUN di negara ini ( tiada – WP )
- ada 2 komponen iaitu sultan dan DUN

fungsi raja/sultan/ YTB
- tidak mengambil bahagian dalam persidangan
- rasmi/ beri titah ketika pembukaan rasmi penggal
- panggil persidangan
- tangguh persidangan
- perkenankan rang u negeri
- bubar DUN


DUN
- badan perundangan peringkat negeri
- ahli DUN dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
- ada kuasa dalam senarai negeri dan senarai bersama
- bahas dan luluskan belanjawan negeri
- apa-apa prosiding dalam DUN tak boleh dibawa ke mahkamah

kelayakan calon DUN
- warganegara
- bermastautin di negeri berkenaan
- berumur 21 tahun atau lebih
- sempurna akal
- tak bankrap
- tak pernah dipenjara lebihsatu tahun/ lepas 5 tahun tamat hukuman
- tak didenda lenbih RM 2000
- tak pegang jawatan berpendapatan

hilang kelayakan – sama dengan DR
fungsi – sama dengan DR – peringkat negeri
pelantikan speaker – sama
prosedur penggubalan undang-undang

pindaan perlembagaan negeri – sama dengan DR
- perkara yg tak boleh dipinda oleh DUN
 warisan tahta kerajaan
 kedudukan penmbesar istana
 para pembesar adat Melayu
 cara pelantikan dan sifat waris tahta , permaisuri dan pemangku raja
 pemecatan , penarikan diri dan penurunan tahta atau waris
 pengurniaan / pelucutan pangkat , gelaran kehormatan , bintang kebesaran

PILIHAN RAYA

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA

- Ditubuhkan untuk memelihara , menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yg adil dan saksama
- Ia bebas drpd kawalan politik
- Anggota SPR – pengerusi , timbalan dan 5 anggota
- Anggota dilantik oleh YDA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
- Syarat – umur tak lebih 65 / 66 sekarang , tak muflis , tak pegang jawatan bergaji , bukan ahli parlimen
- Ahli boleh letakkan jawatan pd bila-bila masa ( tulis surat kepada YDA
- Ahli SPR boleh dipecat oleh YDA melalui penubuhan tribunal
- Kes khas pemecatan biasa – bankrap , bekerja yg mendapat gaji / menjadi ahli parlimen
- Saraan – kumpulan wang yang disatukan
-
- tugas
i. menjalankan pilihan raya – menentukan tarikh bagi DR dan DUN
ii. mendaftarkan pemilih baru
iii. menyemak daftar pemilih
iv. mendaftar dan memastikan calon yg bertanding memenuhi syarat yg ditetapkan
v. melantik pegawai untuk menjalankan pilihanraya
vi. mengurus pengundian melalui pos
vii. menyampaikan keputusan pilihan raya kepada YDA/Raja
viii. mewartakan keputusan
ix. menerima rayuan tentang perjalanan sesuatu pilihanraya
x. memastikan setiap calon yg bertanding menyerahkan akaun perbelanjaan kempennya dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diwartakan
xi. mengkaji hak persempadanan kawasan pr sekali dalam 8-10 tahun

- tujuan mengadakan pr – menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah / satu ciri penting dalam sistem demokrasi

isu – pr umum dan kecil

pr umum
- melibatkan semua kawasan parlimen dan DUN seluruh negara
- diadakan setelah parlimen / DUN cukup tempoh lima tahun atau pembubaran parlimen oleh YDA / raja

pr kecil
- melibatkan kawasan parlimen dan DUN
- apabila – ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia
- kalau kosong dalam dua tahun terakir drpd tempoh lima tahun pr – pr tak akan dilaksanakan dalam satu kawa parlimen – biasanya ada 3 kawasan DUN

kelayakan pemilih
- mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan
- bermastautin dalam sesuatu kaw pr
- mendaftarkan diri menjadi pemilih

hilang kelayakan
- tak sempurna akal pada tarikh pr
- menjalani hukuman penjara
- telah dikenakan hukuman mati / penjara lebih 12 bulan

pengundi pos
- pegawai SPR yg bertugas pada hari pengundian
- anggota polis
- anggota tentera yg sedang bertugas
- anggota perkhidmatan awam yg bertugas di luar negeri semasa pr diadakan
- pelajar Malaysia yg sedang belajar di luar negara semasa pr diadakan

kelayakan calon bertanding
- warganegara Malaysia
- berumur 21 tahun atau lebih
- tak bankrap
- sempurna akal
- tak pernah dipenjarakan lebih 1 tahun
- selepas 5 tahun tamat hukuman penjara ( kalau diampuni boleh bertanding )
- tak pernah didenda RM 2000 ke atas ( kalau diampuni boleh bertanding )
- tidak memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam
- bermastautin di negeri yg berkenaan jika bertanding untuk kerus kawasan DUN

catatan ( PR 2004 )
- belanja untuk parlimen – tak melebihi RM 200 000 , DUN – RM 100 000
- wang pertaruhan parlimen ( RM 10 000 ) DUN ( RM 5000 )
- calon yg kalah akan hilang wang pertaruhan jika bilangan undi yg diperolehinya kurang drpd 1/8 daripada jumlah yg diperolehi oleh calon yg menang dalam kawasan tersebut.
- Petisyen pr hanya boleh dikemukakan setelah keputusan pr diwartakan / didengar di mahkamah tinggi/ keputusan muktamat )
- Seseorang calon boleh menarik diri dalam masa 3 hari pertama selepas penamaan calon
- Kalau tiada calon lain bertanding di kawasan itu , penama tersebut akan diisytiharkan pemenang tanpa bertanding / pr tak akan diadakan

PROSES PILIHAN RAYA

1. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SEDIA ADA
2. PENDAFTARAN PEMILIH BARU
3. SEMAKAN SEMULA DAFTAR PEMILIH
4. PEMBUBARAN PARLIMEN
5. PENETAPAN TARIKH PRU ( dalam tempoh 60/90 hari )
6. HARI PENAMAAN CALON
7. HARI PENGUNDIAN ( 8.00 am-5 pm )
8. PENGIRAAN UNDI – ( pada malam hari mengundi )
9. PENGUMUMAN KEPUTUSAN PR
10. PEMBENTUKAN KERAJAAN ( perlantikan PM / kabinet )
11. PERSIDANGAN PARLIMEN ( dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran parlimen )

PARLIMEN

Fungsi parlimen/ badan perundangan negeri dan komponen
Fungsi
- membentang / membahas dan menggubal undang-undag berdasarkan jadual 9 perlembagaan persekutuan
- bersidang tiga atau empat kali setahun
DEWAN NEGARA
- Bahas RUU yang diluluskan di DR
- Semak/ galakkan orang ramai membincangkan RUU
- Boleh memulakan sebarang RUU kecuali RUU kewangan
- RUU kewangan tidak perlu mendapat kellusan daripada dewan negara
- Tidak boleh menolak / tidak boleh meminda RUU tanpa kebenaran DR
- Boleh menangguhkan sesuatu RUU
- - kewangan 1 bulan
- - lain-lain 1 tahun
DEWAN RAKYAT
- Senarai persekutuan / bersama
- Boleh memulakan sebarang RUU
- Mempunyai kuasa mutlak terhadap RUU kewangan
DEWAN NEGERI
- Senarai negeri / bersama /
- Mempunyai kuasa membuat undang-undang bagi perkara-perkara selain senarai tadi jika tiada bantahan parlimen ( kuasa baki )


Pentadbiran Parlimen / badan perundangan negeri
- Yang dipertua DN – dipilih daripada kalangan ahli DN
- Yang dipertua DR – dipilih daripada kalangan ahli / luar
- TUgas – mempengeusikan mesyuarat / memastikan peraturan dewan dipatuhi / mengawal perjalanan dewan Timbalan YD DN – dipilih dari kalangan ahli DN
- Timbalan YD DR – dipilih daripada kalangan ahli DR
- DUN tiada jawatan Timbalan YD
- Jika YD uzur / tiada dalam negeri tugasnya akan diserahkan kepada timbalannya. /
- Korum – DN – 10 orang DR 26 orang , DUN – 1/3
- Jika bukan ahli dewan beliau tidak boleh mengundi

BADAN PENGADILAN LAIN

Badan Pengadilan yang lain

1. Lembaga Disiplin perkhidmatan awam’
2. Peersatuan Perubatan Malaysia
3. Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
4. Majlis Peguam
5. Tribunal Tuntutan Pengguna
6. Tribunal Tuntutan Pembeli rumah


Lembaga Disiplin perkhidmatan awam
- mengawasi didiplin kakitangan kerajaan
- berkuasa memecat , menaikan pangkat , memotong gaji , menangguhkan pertambahan gaji kakitangan kerajaan ( yang dikenakan tindakan )

Tribunal khas
- ditubuhkan untuk memecat hakim ( MP , MR, MT , Ketua Audit Negara , Peguam Negara dan anggota suruhanjaya )
- bersifat ad-hoc / sementara/ atas keperluan
- PM buat presentasi kpd YDA untuk penubuhan tribunal – lantikan oleh YDA – bicarakan kes
- Peguam negara menjadi pendakwa dalam tribunal ini
- Tribuns biasanya bersidang di parlimen
- Pihak yg hendak dipecat akan digantung jawatannya
- Syor tribunal – diikuti oleh YDA
- Keputusan tribunal tidak boleh dirayu di mana-mana mahkamah

Tribunal timbang tara
- ditubuhkan untuk mendengar kes tuntutan sivil yang nilainya tidak melebihi RM 3000
- hakim – majistret / pegawai kerajaan yg berpengalaman
- perbicaraan dijalankan tanpa peguam
- pihak yg tak berpuas hati dengan keputusan boleh bawa kes ke mahkamah awam


Persatuan Perubatan Malaysia
- mendaftarkan semua doktor di Malaysia
- fungsi – menjaga disiplin doktor , gubal kod etika doktor , mendengar rayuan orang ramai terhadap doktor perubatan
- berkuasa melarang doktor yg melanggar disiplin mengamalkan profesionnya
- boleh mengenakan denda sehingga RM 5000 terhadap doktor yg langgar disiplin

Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
- mendengar rayuan drpd pembayar cukai yg tak puas hati dengan taksiran yg dibuat oleh LHDN
- sebuah panel bebas akan mendengar rayuan berkenaan

Majlis Peguam
- mendaftarkan semua peguam di Malaysia
- membuat peraturan disiplin kpd semua peguam
- mendengar rayuan orang ramai terhadap peguam
- jawatankuasa diisplin boleh melarang peguam yg langgar disiplin drp mengamalkan profesionnya
- boleh kenakan denda sehingga RM 5000 kpd peguam yg langgar disiplin

Tribunal Tuntutan Pengguna
- badan khas untuk mendengar dan adili tuntutan pengguna
- untuk pengguna tuntut ganti rugi atau pampasan daripada pembekal atau pengilang dengan cara yg mudah , murah dan cepat
- terdiri drpd pegawai perkhidmatan kehakiman / 5 anggota / dilantik oleh KPDNHEP
- bidang kuasa – tuntutan tidak lebih RM 25 000
- tiada kuasa dalam – kematian / kecederaan / hak milik tanah / francais / harta intelek / nama baik/ pertikaian wasiat/ rahsia perdagangan

Tribunal Tuntutan Pembeli rumah
- untuk adili kes tuntutan pembeli yg tuntut ganti rugi atau pampasan drpd pemaju perumahan
- tuntutan bukan teknika – tuntutan ganti rugi bagi mendapatkan ganti rug jumlah tertentu atas kelewatam penyerahan milikan kosong rumah
- tuntutan teknikal – tutuan ganti rugi aytas kecacatan bahan / mutu kerja dan sepsifikasi
- syarat – tak lebih daripada 12 bulan selepas pembeli dah dapat sijil layak menduduki / tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan
- syarat – perjanjian jual beli yg melibatkan rumah tempaat tinggal yg diina atas tanah untuk kediaman sahaja
- tuntutan tak melebihi RM 25 000

MAHKAMAH KHAS

mahkamah Khas

1. mahkamah khas raja-raja
2. mahkamah syariah
3. lain – mahkamah kanak-kanak , tentera , bumiputera , perusahaan ,buruh


mahkamah khas raja-raja
- apa-apa prosiding oleh atau terhadap YDA atau raja sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda hendaklah dibawa ke mahkamah ini
- keanggotaan – Ketua hakim mahkamah persekutuan sebagai pengerusi , hakim besar MT dan 2 orang yng pernah memegang jawatan sebagai hakim MP atau MT yg dilantik oleh MRR
- bidang kuasa – bicarakan segala kesalahan YDA atau raja sesebuah negeri/ kes sivil oleh atau terhadap YDA atau raja negeri
- keputusan muktamad / tak boleh dicabar dalam mana –mana mahkamah
- sebarang dakwaan ke atas / oleh YDA/ raja mesti mendapat kebenaran peguam negara
- YDA/ raja perlu berhenti menjalankan tugas semasa perbicaraan kes jenayah sedang berlangsung
- Kalau YDA / raja dipenjarakan sehari/lebih mesti turun tahta
- YDA / raja - tidak boleh mengampuni diri sendiri ( hanya oleh MRR )



Mahkamah syariah
- membicarakan kes sivil dan jenayah bagi orang-orang Islam
- bicarakan kes – pertunangan , matrimoni ( perkahwinan , perceraian , nafkah ) hak penjagaan anak , wakaf dan waris harta pusaka
- bidang jenayah – perkahwinan lebih daripada 4 , tak bayar zakat fitrah , kesalahan mengambil anak angkat , zina / persetubuhan haram , tidak puasa , berjudi , jualan minuman keras , ajaran sesat , khalwat , ratu cantik , pakaian menjolok mata
- jenis – mahkamah rayuan syariah , mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rendah syariah
- MTS – jenayah – penjara tak lebih 3 tahun , denda tak lebih RM 5000, rotan tak lebih 6 sebatan
- MTS – kes sivil – pertikaian tak melebihi RM 50 000
- MRS – penjara tak lebih 6 bulan , denda tak lebih RM 1000
- MRS – sivil – pertikaian tak lebih RM 50 000

Mahkamah kanak-kanak
- membicarakan pesalah remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun
- melibatkan hukuman yg ringan sahaja ( tiada hukuman mati )
- tempat bicara – mahkamah majistret
- hakim menerima nasihat daripada penasihat dari menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat
- posiding dijalankan secara tertutup ( elak publisiti )
- membenarkan ikat jamin , asing daripada pesalah dewasa , keluarga soal saksi pendakwa
- hukuman – tidak dipenjarakan / kesalahan tidak direkod
- contoh hukuman – amaran , ikat jamin , diletakkan dibawah jagaan rapi seorang saudaranya ,sebatan ringan / tak lebih 10 , dihantar ke sekolah pemulihan akhlak sehingga berusia 21 tahun
- rayuan boleh dibuat di mahkamah tinggi

mahkamah tentera
- terbahagi 2 – m tinggi tentera , m rendah tentera
- MTT – bicarakan pegawai berpangkat staf srjan ke atas/ hakim ialah Leftenan Kolonel dan 2 pegawai tinggi
- MRT – membicarakan askar berpangkat dibawah staf sarjan / hakim ialah mejar dan dua orang lain ( kapten / ketua hakim )
- Pegawai ini dilantik oleh YDA atas nasihat menteri pertahanan
- Bidang kuasa –askar / askar simpanan / orang awam yg bekerja dengan pihak tentera
- Kes pecah amanah dan disiplin dalam angkatan tentera
- Hukuman yg dijatuhkan oleh MT tertakluk kepada pengesahan seorang pegawai atasan tentera
- Jika melibatkan hukuman mati , pengesahan hendaklah diperoleh daripada YDA
- Hukuman boleh dirayu di mahkamah tinggi
- Boleh mendapat pengampunan drpd YDA dan lembaga pengampunan

Mahkamah Bumiputera
- wujud di Sabah dan Sarawak sahaja
- struktur :
- MB Sarawak
- M Rayuan B
- M Bumiputera Residen
- M daerah B
- M Pegawai/ ketua B
- M ketua Kampung

MB Sabah
M Rayuan B
M Pegawai daerah
MB

- Persamaan – jika berlaku apa-apa kes yg berkaitan dengan perkahwinan atau seks dan kedua-dua pihak yg terlibat adalah drpd keturunan yg berbeza , adat pihak perempuan hendaklah digunakan
- Sebarang pelanggaran adat boleh dibicarakan di MB asalkan salah seorang drpd pihak yg terlibat adalah bumiputera
- Bidang kuasa
i. kes kesalahan melanggar adat ( perkahwinan , seks , harta pusaka , tanah )

Mahkamah Perusahaan

- bidang kuasa
 kes pembuangan pekerja
 kes pertikaian perushaan tentang syarat perkhidmatan
 kes pertikaian interpretasi , variasi dan ketidakpatuhan keputusan / perjanjian
 memerintahkan mana-mana pihak majikan atau pekerja digabungkan/ digantikan atau dibatalkan
 mengeluarkan saman terhadap mana-mana pihak atau orang perseorangan untuk mengahdirkan diri ke mahkamah perushaan

Mahkamah Buruh
- satu cara yg digunakan oleh Jabatan Tenaga Kerja , kementerian Sumber Manusia menyelesaikan tuntutan pekerja sektor swasta terhadap majikan ( atau sebaliknya )
- diadili oleh pegawai jabatan buruh
- kes dijalankan di jabatan buruh
- bidang kuasa
 hal berkaitan gaji , cuti, bayaran lain ( dalam kontrak pekerjaan )
 tuntutan pekerja untuk meringankan hukuman tatatertib daripada hukuman berat yang dikenakan keatasnya
 tuntutan majikan – pekerja gagal bayar gaji ganti notis penamatan kerjanya
 tuntutan kontraktor pembekal buruh kepada kontraktor asas

- keputusan boleh dirayu di mahkamah tinggi dalam tempoh 14 hari keputusan dengan menghantar notis rayuan kepada jabatan buruh

MAHKAMAH

MAHKAMAH AWAM : MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Sistem kehakimaan
- perlantikan hakim
- pemecatan hakim

mahkamah awam
- jenis
- struktur
- keanggotaan
- bidang kuasa

Bidang Kuasa Mahkamah Awam

Mahkamah persekutuan
- Dalam kes khas seperti pertikaian antara kjn negeri dengan kjn persekutuan
- mahkamah persekutuan boleh memberi nasihat kepada YDA sebelum keputusan dibuat oleh baginda
- Mendengar rayuab kes daripada mahkamah rayuan
- Mendengar rayuan kes daripada mahkamah rayuan


Mahkamah rayuan
- Mendengar rayuan kes drp mahkamah tinggi
- Kes yg melibatkan tuntutan tidak kurang drpd RM 250 000
- Mendengar rayuan kes daripada mahkamah tinggi
- Boleh mengenakan hukuman penjara atau hukuman mati

Mahkamah tinggi
- Berkuasa dalam perbicaraan kes khas seperti kesalahan dalam kapal/ kapal terbang yg didaftarkan di Malaysia , Akta ISA , Akta Rahsia Rasmi , Akta Hasutan , Akta senjata api , Akta Dadah Berbahaya sesyen 39B dan pertikaian keputusan pilihan raya
- Mendengar rayuan kes daripada mahkamah rendah yg nilai tuntutan melebihi RM 10 000
- Boleh membicarakan kes yg melibatkan tuntutan melebihi RM 250 000
- Mendengar rayuan kes daripada mahkamah rendah yg melibatkan denda melebihi RM 25
- Boleh mengenakan denda tidak terhad dan hukuman mati

Mahkamah sesyen
- Boleh membicarakan kes yg melibatkan tuntutan melebihi RM 250 000
- Boleh mengenakan semua jenis hukuman kecuali hukuman mati dan hukuman sebat sehingga 24 sebatan
Mahkamah majistret
- Boleh membicarakan kes yg melibatkan tuntutan melebihi RM 25 000
- Boleh mengenakan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun , denda kurang daripada RM 10 000 dan merotan sehingga 12 sebatan

Mahkamah penghulu
- Boleh membicarakan kes yg melibatkan tuntutan kurang daripada RM 50
- Boleh mengenakan denda kurang daripada RM 25




Perlantikan hakim
- syarat – warganegara , telah berkhidmat sebagai peguam dalam tempoh 10 tahun sebelum perkhidmatannya
- memegang jawatan sehingga berumur 66 tahun
- hakim utama ( KHN , PMR < HB , HMT ) dilantik oleh YDA/ MRR atas nasihat PM
- hakim mahkamah sesyen dilantik oleh YDA atas nasihat hakim besar mahkamah tinggi tanpa melalui PM dan MRR
- hakim mahkamah majistret – oleh YDA di WP atas nasihat HB mahkamah tinggi
- di negeri lain ( diantik oleh ketua negeri atas nasihat HB )

penamatan jawatan hakim
- melalui peletakan jawatan dan dipecat
- hakim MP , MR , MT dipecat oleh YDA atas syor tribunal
- tiada rayuan atas sebarang keputusan tribunal

hak istimewa hakim
- kelakuan hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis parlimen kecuali dengan usul ¼ daripada ahli majlis parlimen itu
- kelakuan hakim tak boleh dibincang di DUN / oleh orang perseorangan atau badan lain
- saraan hakim ditanggung olej Kumpulan Wang yang Disatukan
- hskim tidsk bolrh didakwa semasa menjalankan tugasnya dan tidak perlu menjawab komen orang lain

penghinaan mahkamah

antaranya ialah :
1. tidak mematuhi dan tidak melaksanakan perintah mahkamah
2. membuat komen sebelum hakim memutuskan kes
3. mengkritik keputusan mahkamah secara terbuka dan melawan keputusan mahkamah
4. mengkritik cara hakim menjalankan tugasnya secara terbuka

- mahkamah berkuasa untuk menghukum msesiapa sahaja yg menghina mahkamah
- pihak yg menghina mahkamah boleh dikenakan hukuman penjara

mahkamah persekutuan
ahli
- ketua hakim mahkamah persekutuan ( ketua hakim negara )
- presiden mahkamah rayuan
- hakim besar MT
- lapan orang hakim lain
- hakim tambahan yg dilantik YDA

bidang kuasa
- perbicaraan didengar oleh tidak kurang 3 orang hakim
- menentukan kesahan u yg digual oleh badan perundangan negara dan berkuasa menolak u yg bercanggah dengan perlembagaan persekutuan
- menyelesaikan kekeliruan dan persoalan yg timbul daripada tafsiran u persekutuan dan perlembagaan persekutuan
- menasihati YDA tentang penguatkuasaan mana-mana peruntukan u
- mengendalikan kes perselisihan faham antara kjn pusat dengan kjn negeri atau antara kjn negeri
- mendengar dan mempertimbangkan rayuan kes sivil dan kes jenayah daripada mahkamah rayuan


mahkamah rayuan

keanggotaan – seorang pengerusi ( presiden mahkamah rayuan dan 10 hakim yg lain.

Perlantikan
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM setelah berunding dengan MRR
Penamatan
- meletakkan jawatan dan dipecat ( tibunal )

persidangan mahkamah rayuan
- rayuan kes hendaklah didengar tidak kurang daripada 3 orang atau lebih
- mendengar rayuan bagi kes jenayah atau kes sivil yg melibtakan nilai tidak kurang RM 250 000 daripada mahkamah tinggi
- mendengar rayuan kes jenayah tertentu daripada mahkamah sesyen
- mendengar rayuan kes daripada mahkamah majistret berkaitan dengan tafsiran undang-undang sahaja
- MR berkuasa untuk meminda keputusan MT

Mahkamah Tinggi

Terbahagi kepada 2 iaitu – MT Malaya dan MT Sabah dan Sarawak
Anggota – MT Malaya seorang hakim besar dan 46 hakim yg lain
MT S dan S – hakim besar dan 10 hakim lain
Lantikan / pemecatan = sama dengan MP dan MR
Persidangan
- diadili oleh seorang hakim
- kes jenayah yang boleh dibicarakan
i. kes yg dilakukan oleh sesiapa sahaja di Malaysia termasuk rakyat asing
ii. kes yg dilakukan sesiapa sahaja yg berada dalam kapal atau kapal terbang yg didaftarkan di negara ini
iii. kes yg dilakukan oleh sesiapa sahaja di kaw perairan negara ini
iv. kes kesalahan di bawah kanun keseksaan , kanun prosedur jenayah , ISA, Akta Hasutan , Akta Rahsia Rasmi dan Aktapenerbitan
v. semua kes yg boleh dikenakan hukuman mati
vi. kes sivil
- kes perkahwinan dan perceraian orang bukan Islam
- kes muflis
- penjagaan atau rebutan anak dan harta
- kes berkaitan dengan wasiat
- pengeluaran sesuatu perintah atau perisytiharan yg dikenali sebagai writ mahkamah

Bidang Kuasa
- meminta mahkamah bawahnya mengadakan suatu siasatan kehakiman untuk mahkamah tinggi
- mengarahkan sesuatu pembayaran atau penyerahan dibuat olh pihak tertentu ( wang / anak )
- membicarakan kes sivil yg melibatkan nilai tuntutan melebihi RM 250 000
- menjatuhkan apa-apa hukuman termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup
- mendengar kes rayuan daripada mahkamah rendah dan menyemak rekod mahkamah rendah
- mengeluarkan writ , waran dan sebagainya seperti perintah lelongan dan waran tangkap )
- membicarakan kes pembunuhan
- mengarahkan mahkamah rendah ( sesyen dan majiestret ) mengadakan ulang bicara setelah mendengar kes kes rayuan dripada mahkamah rendah
- mengarahkan kes didengar di mahkamah secara terbuka
- merekod bahagian tertentu mangsa dengan kamera secara tertutup dalam kes rogol sebagai bukti dalam perbicaraan
- meminta permohonan writ yang belum dicabar atau writ kes sivil dibuat dalam kamar hakim
- membicarakan kes yg boleh membawa hukuman mati ( ISA 1960 , Akta Dadah Berbahaya 1952 m Seksyen 39B , Akta penculikan 1961 , Akta Senjata api 1971
- membicarakan kes pembunuhan dengan sengaja
- mendengar petisyen pilihan raya



perbicaraan kes rayuan di mahkamah tinggi

- bagi kes jenayah pihak pendakwa atau tertuduh mesti menyerahkan notis rayuan kepada MT dalam masa 10 hari daripada tarikh keputusan dibuat di mahkamah rendah
- rayuan bagi kes sivil pula mesti dbuat dalam masa 14 hari daripada tarikh keputusan dibuatdi mahkamah rendah
- kes jenayah yg dirayu mesti melibatkan denda lebih daripada RM 25
- kes rayuan sivil hendaklah melibatkan tuntutan nilai tidak kurang daripada RM 10 000 kecualai kes penafsiran undang-undang , penjagaan anak atau perceraian dan sebagainya
- rayuan boleh dibuat oleh pihak pendakwa mahupun tertuduh dalam kes jenayah atau plaintif dan defenden dalam kes sivil
- sebab rayuan dibuat
a. ingin mencari kesahihan tentang hukuman yg telah dijatuhkan
b. yakin bahawa hukuman disalahjatuhkan di sisi undang-undang
c. percaya bahawa terdapat kesalahan fakta
d. hukuman yg dijatuhkan terlalu tinggi atau ringan

ISTILAH UNDANG-UNDANG MUDAH

1. istilah umum kehakiman

Istilah Makna
- Alibi - Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukan
- Afidavit - Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan seseorang tentang sesuatu hal ( dalam kes jenayah atau sivil )sebarang penipuan dalam afidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara , dokumen ini akan dikemukakan di mahkamah
- Certiorari - Perintah mahkamah yang mengetepikan keputusan yang dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah
- Habeas corpus - Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada penahanan yang tidak mengikut undang-undang
- injuksi - Perintah bertulis mehkamah yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu
- mandamus - Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan sesuatu kewajipan awam yang tertentu
- Sine die -Menangguhkan sesuatu kes sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan
- Prima facie- Mempunyai bukti kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes
- Saman - Dokumen bertulis yang mengandungi butir tuduhan dan mewajibkan orang yang disaman itu hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan
- Sapina - Arahan kepada seseorang untuk hadir di mahkamah pada sesuatu masa untuk menjadi saksi berkaitan dengan perbicaraan
- Waran - Perintah yg memberikan kuasa kepada polis atau pihak bnerkuasa lain untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran
- Writ- Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan ( pihak yang kena tuntut ) dalam kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan .
- Perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah yang menggariskan tindakan yg perlu dipatuhi sesuatu pihak atau kedua-dua pihak dalam kes sivil

SISTEM KEHAKIMAN 2

1. contoh kes jenayah dan hukumannya

- Melawan YDA , raja , sultan YDB - Hukuman mati
- Membunuh dengan niat- Hukuman mati
- Membunuh tanpa niat- Penjara maksima 20 tahun
- Cuba bunuh diri -Penjara satu tahun dan denda
- Memiliki dadah >15gm heroin , pil ekstasi lebih 50gm dan dianggap sebagai pengedar dadah ( 39B ) -Hukuman mati
- Gugur / bunuh anak- Penjara maksima 20 tahun
- Miliki dadah di bawah akta dadah berbahaya ( 39A )- Penjara seumur hidup
- Merompak dan menyebabkan kematian -Hukuman mati
- Merompak dengan senjata api -Hukuman mati
- Menculik- Hukuman mati
- Menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja- Penjara maksima 7 tahun atau denda
- Merogol -Penjara 5-20 tahun dan sebat mandatori
- Menganiaya kanak-kanak- Penjara maksima 5 tahun dan sebat mandatori
- Memeras ugut- Penjara maksima 10 tahun denda dan sebat
- Memberikan maklumat palsu kepada mahkamah -Penjara maksima 7 tahun
- Memberikan maklumat palsu di mahkamah hingga menyebabkan kematian seseorang -- Penjara maksima 20 tahun
- Mencuri- Penjara maksima 10 tahun
- Memandu kenderaan secara cuai dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian -- Penjara maksima 20 tahun
- Membocorkan rahsia negara - Penjara 4 tahun mandatori
- Menghina tempat sembahyang mana-mana agama - Penjara maksima 2 tahun dan denda
- Menyamar sebagai kakitangan awam - Penjara maksima 2 tahun dan denda
- Mengeluarkan kata-kata atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang -- Penjara maksima 5 tahun dan denda
2. aturcara perbicaraan kes sivil
- kes sivil boleh dikategorikan kepada berikut :
a. kes tuntutan ganti rugi / pampasan
b. pertikaian hak spereti atas harta , anak dsb
c. perceraian
d. mendapatkan perintah dan perisytiharan mahkamah
- dalam kes sivil pihak berkuasa tidak mendakwa orang yang berkenaan
- pihak yang terlibat akan mengupah peguam untuk mewakili mereka dimhakahah
- peguam plaintif bertindak di mahkamah untuk menuntut pampasan , bayaran saraan ataupun meminta mahkamah mengeluarkan perintah serta perisytiharan
- plaintif ( pihak yang menuntut ) akan mengemukakan afidavit dimahakmah dan memohon writ mahkamah untuk diserahkan kepada defendan ( pihak yang kena tuntut )
- penyampaian writ boleh melalui peguam plaintif , bailif mahkamah ataupun melalui iklan di surat khabar
- pihak defendan akan membela diri melalui surat guaman “ penemuan dokumen ”
- dalam perbicaraan di mahkamah , kedua-dua pihak akan membentangkan keterangan masing-masing
- penyelesaian di luar mahkamah juga boleh dibuat .
- perbicaraan adalah terbuka
- pihak yang kalah dalam perbicaraan akan dikehendaki untuk membayar kos perbicaraan ( upah peguam , segala perbelanjaan kes dsb )
- keputusan mahkamah
i. orang yang bersalah akan membayar ganti rugi atau saraan kepada orang yang mendakwanya atau kos perbicaraan
ii. hakim mengeluarkan perintah atau perisytiharan dalam kes-kes rebutan anak , perceraian , harta pusaka atau tuntutan ganti rugi.
iii. Sekiranya pihak yang menuntut gagal dalam kes sivilnya , dia boleh dikenakan kos perbicaraan


3. kelayakan peguam bela dan peguam cara
- memperoleh sarjana muda undang-undang ( LLB ) dari uiversiti tempatan
- menjalani latihan dalam syarikat guaman
- lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Majlis Peguam Malaysia jika seseorang itu mendapat ijazahnya dari luar negara
- menjadi anggota MPM

4. perkhidmatan perundangan

a. peguam negara
- dilantik oleh YDA atas nasihat PM
- status – sama dengan hakim mahkamah persekutuan
- memegang jawatan selama mana diperkenankan oleh YDA
- boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa
- boleh dipecat oleh YDA melalui tribunal
- tugas
i. menasihati YDA berkaitan undang-undang
ii. Menasihati kabinet atau mana-mana menteri tentang undang-undang
iii. Menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan
iv. Meninjau laporan siasatan polis, BPR dan badan penguatkuasa yang lain kemudian membuat keputusan untuk mendakwa orang yang disiasat jika terdapat bukti yang mencukupi
Bidang kuasa
- kuasa budi bicara untuk membawa , menjalankan atau menghentikan sebarang perbicaraan tentang sesuatu kesalahan di mahkamah
- kuasa untuk menentukan mahkamah yang beliau akan memulakan pendakwaan kes
- kuasa untuk menentukan mehkamah sesuatu prosiding dipindahkan
- berhak untuk didengar dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di persekutuan
- mempunyai keutamaan yang mengatasi mana-mana yang lain yang hadir di mahkamah atau tribunal itu

peguam cara negara
- membantu peguam negara
- boleh menjalankan mana-mana fungsi yang boleh dijalankan oleh peguam negara
- akan menggantikan tempat peguam negara jika beliau tidak dapat melaksanakan tugas beliau atas sebab-sebab tertentu
- penggubal undang-undang parlimen
- menyediakan dan menyemak draf undang-undang yang dimaksudkan oleh parlimen
- menyediakan dan menyemak draf perundangan subsidiari yang hendak dibuat di bawah akta persekutuan , ordinan dan enakmen

biro bantuan guaman
- merupakan badan kerajaan yang memberikan bantuan perundangan dan nasihat/ bantuan guaman kepada orang yang kurang berkemampuan / tak mampu lantik peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah
- bidang kuasa
 kes kekeluargaan syariah
 kes kekeluargaan sivil
 kes sivil ( pampasan pekerja , harta pusaka kecil , tuntutan kemalangan jalan raya , pinjaman wang , sewa beli , sewa menyewa
 kes jenayah ( pengakuan salah jenayah , jenayah kanak-kanak , kesalahan kecil jenayah )
 nasihat undang-undang dalam semua perkara undang-undang

pesuruh jaya sumpah
- dilantuk oleh susruahnjaya sumpah Malaysia
- merupakan saksi yang sah kepada akuan bersumpah seseorang
- tugas – menasihati orang yang membuat afidavit / akuan bersumpah bertulis tentang kesan nya jika mereka berbohong ( boleh dipenjara )
- afidavit akan jadi dokumen sah di mahkamah
- menerima bayaran

5. lembaga pengampunan
- ditubuhkan di setiap negeri
- untuk mendengar dan mempertimbangkan rayuan pengampunan daripada seseorang yang disabitkan dengan kesalahan dan mahkamah
- menasihati YDA , raja, YD Ng dalam menjalankan kuasa pengampunan
- YDA – boleh ampun , tangguh hukuman , meremit , menggantung dan mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah awam ( WP ), mahkamah syariah ( negeri tak beraja ) dan mahkamah tentera
- YD ng – berkuasa di negeri masing-masing
- Anggota – peguam negara persekutuan , MB / KM / tidak lebih 3 orang yang dilantik oleh raja atau YD ng
- Berkhidmat selama 3 tahun / boleh dilantik semula/ boleh meletak jawatan

SISTEM KEHAKIMAN

SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

1. Latar belakang kehakiman
2. fungsi utama badan kehakiman
3. bidang kuasa badan kehakiman
4. personel kehakiman
5. cara polis menahan seseorang
6. hak kebebasan diri
7. aturcara perbicaraan kes jenayah
8. contoh kes jenayah dan hukumannya
9. aturcara perbicaraan kes sivil
10. kelayaka peguam bela dan peguam cara
11. perkhidmatan perundangan
12. lembaga pengampunan
13. istilah umum kehakiman

Huraian

1. Latar belakang kehakiman
- perlembagaan negara ini menentukan doktrin pengasingan kuasa
- perlembagaan memberikan kuasa kehakiman dan mahkamah
- jenis mahkamah yang ada di negara ini
Mahkamah awam
- Mahkamah persekutuan
- Rayuan
- Tinggi
- Sesyen
- Majistret
- Penghulu
- Koroner


Mahkamah khas
- Khas raja-raja
- Syariah
- Kanak-kanak
- Tentera
- Bumiputera
- Perusahaan
- Buruh
2. fungsi utama badan kehakiman
- melindungi hak asasi manusia daripada pencerobohan pihak eksekutif , pihak tertentu atau orang perseorangan
- berkuasa mentafsirkan perlembagaan persekutuan dan undang-undang
- menyemak undang-undang parlimen , DUN dan pertubuhan
- mengisytiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan tertentu tidak sah jika diminta
- membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan setakat mana undang-undang itu bercanggah
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes sivil dan jenayah di negara ini
- menjadi pentadbir keadilan dalam kes-kes yang berlaku dalam kapal atau kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia ( walaupun kapal tersebut berada di ruang atau lautan antarabangsa )

3. bidang kuasa badan kehakiman
- bebas daripada pengaruh mana-mana pihak
- berkuasa membuat apa-apa keputusan berpandukan fakta yang diberikan dalam mahkamah
- Keputusan mahkamah – hukuman , denda ( boleh dirayu )
- YDA boleh kurangkan hukuman / ampun di mahkamah tentera / syariah di negeri tak beraja / wilayah persekutuan / mahkamah awam di wilayah persekutuan
- Raja/ sultan atau YDB boleh mengurangkan hukuman atau mengampuni seseorang pesalah yang disabitkan dengan kesalahan di mahkamah awam dan syariah di negeri baginda sahaja

4. personel kehakiman
- mahkamah persekutuan mengandungi Ketua Hakim Negara , Presiden Mahkamah Rayuan , 7 orang hakim mahkamah Persekutuan , pendaftar , jurubahasa , bailif dan sebagainya
- mahkamah tinggi malaya – seorang hakim besar dan 47 orang hakim lain beserta kakitangannya
- mahkamah tinggi Sabah dan Sarawak – seorang hakim besar , 10 hakim lain dan kakitangan
- bilangan hakim boleh ditentukan mengikut perintah YDA
- peseuruhjaya kehakiman yang bertaraf hakim mahkamah tinggi juga dilantik
- mahkamah sesyen – hakim dan pegawainya
- mahkamah majistret – majistret sebagai hakim dan pegawainya
- mahkamah penghulu – penghulu sebagai hakim tanpaa pegawai yang lain

5. cara polis menahan seseorang
- sebelum seseorang ditahan ia hendaklah melalui prosedur :
- seseorang membuat laporan yang dicatatkan dalam buku laporan polis
- Polis membuat siasatan dan dakwaan jika terdapat bukti
- Polis menangkap orang yang disyaki dalam suatu operasi
- Polis mendapatkan waran tangkap / waran untuk menggeledah rumah yang disyaki / jika terdapat bukti , kes akan dibawa ke mahkamah
- Bagi kes kesalahan kompaun , denda akan dikenakan – kalau tidak dibayar kes akan dibawa ke mahkamah
- Bagi kes jenayah yang menyalahi undang-undang kanun keseksaan jenayah , perbicaraan mahkamah diperlukan
- Seseorang yang ditahan boleh diikat jamin ( deposit wang dan penyerahan pasport kepada mahkamah jika perlu
- Seseorang boleh dihadapkan ke mahkamah atau ditahan polis atas tuduhan jenayah melalui
a. perintah saman mahkamah
- dokumen yang mengandungi buti kesalahan dan mewajibkan tertuduh hadir dimahkamah pada hari dan masa yang dutetapkan
b. waran tangkap
- perintah yang diperoleh oleh pihak polis daripada mahkamah untuk menangkap orang yang dinamakan dalam waran tangkap
c. penangkapan tanpa waran
- boleh dilakukan mengikut jadual pertama kanun acara jenayah untuk kesalahan seperti rusuhan , pemalsuan mata wang , atau perhimpunan haram


6. hak kebebasan diri
- seseorang yang ditangkap oleh polis hendaklah diberitahu tentang sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh
- jika melebihi 24 jam hendaklah dihadapkan ke seorang majistret untuk mendaptksn perintah tahanan
- orang kena tahan ( OKT ) boleh berunding dengan peguam
- kalau dituduh – boleh bela diri ( peguam bela / diri sendiri )
- kalau tak ada dakwaan – ia hendaklah dilepaskan
- kalau seseorang ditahan tanpa mengiku undang-undang dia boleh memohon habeas corpus di mahkamah untuk membebaskan dirinya
- ornag yang telah dibebaskan / disabitkan dengan satu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesaahan itu

sekatan terhadap hak kebebasan diri
- ISA ( akta keselamatan dalam negeri ) – kerajaan berhak menahan seseorang tanpa perbicaraan selama 2 tahun – OKT boleh mohon habeas corpus
- Seseorang boleh dikenakan buang daerah sungguhpun kekurtanagan bukti terhadap kesalahnnya ( kes rasuah sukan , kongsi gelap , sindiket pelacuran – polis dapatkan perintah mahkamah tanpa melalui perbicaraan )
- Selain hukuman penjara seseorang pesalah juga boleh dibuang daerah setelah tamat tempoh hukumannya
-
7. aturcara perbicaraan kes jenayah
- pihak mendakwa ( untuk kesalahan jenayah serius )– peguam negara atau penolong kanan pendakwa raya , jabatan peguam negara
- pendakwa menanggung beban bukti ( terpaksa membuktikan bahawa orang yang didakwa bersalah – hingga tidak ada keraguan yang munasabah )
- pihak mendakwa – boleh panggil saksi untuk beri keterangan di mahkamah
- saksi boleh disoal balas oleh pembela
- peguam bela menggulung hujah
- disudahkan oleh pendakwa
- sekiranya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa , tertuduh boleh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri
- jika berjaya dibuktikan / wujud prima facie atau bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh bersalah, hakim akan mengarahkan tertuduh membela diri
- cara
a. memberi keterangan di kandang saksi / tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pendakwa
b. memberikan keterangan bersumpah / tertakluk kepada soal siasat pihak pendakwa
c. berdiam diri di mahkamah
-

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA

BAB 4 – Sistem Perundangan Malaysia

1. perkembangan undang-undang di Malaysia
- undang-undang ialah peraturan yang dipersetujui umum
- tujuan – melindungi , mengatur dan memelihara kehidupan masyarakat agar sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni
- sumber undan-undang Malaysia
- a. Undang-undang bertulis
- B. Undang-undang tidak bertulis

Undang-undang bertulis
1. Perlembagaan - Undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan badan legislatif , eksekutif dan judisiari
2. Statut - Digubal sama ada dalam DUN atau parlimen
3. Akta - Diluluskan oleh parlimen selepas 1959 hingga kini
4. Enakmen - Diluluskan oleh DUN di Semenanjung Malaysia
5. Ordinan - Diluluskan oleh parlimen antara tahun 1948-1959 Diluluskan oleh Sabah dan Sarawak / Diluluskan dalam masa darurat
6. Undang-undang Islam - Bahagian yang dikanunkan sebagai enakmen ( mahkamah syariah )
7. Undang-undang adat Sabah dan Sarawak - Dikanunkan di kedua- dua negeri
8. Ordinan Undang-undang adat bumiputera Sarawak 1946
9. Ordinan pemakaian undang-undang Sabah
10. Perundangan kecil ( subsidiari ) Peraturan/ perintah / surat lain diperbuat mengikut mana-mana perundangan oleh Menteri / PBT dan sebagainya
Undang-undang tidak bertulis
- undang-undang adat , Undang-undang Islam , undang-undang lazim Inggeris , doktrin duluan kehakiman
- mengambil undang-undang adat Melayu tradisional sebagai panduan
- terbahagi kepada 2 iaitu adat perpatih dan temenggung
- perpatih – diamalkan sejak abad ke 17, bersifat matriakal , pemerintahannya lebih bersifat demokrasi , lantik pemimpin , selesai masalah secara muafakat
- adat temenggung- semenjak zaman kesultanan Melaka , bersifat patriokal ,pemerintahan bersifat autokratik / raja berkuasa mutlak / menekankan soal hairaki dalam masayarakat ( raja / pembesar/ rakyat/ hamba )/ bermula dengan pengaruh hindu kemudian pengaruh Islam
- undang-undang adat Cina dan India- mengandungi soal perkahwinan , perceraian ,harta dan sistem kekeluargaan
- undang-undang Inggeris – undang-undang lazim / common law
- keputusan mahkamah – doktrin duluan kehakiman
- undang-undang Islam – undang-undang yang tak dikanunkan / dijadikan sebagai enakmen dan ordinan
2. Badan perundangan
- badan perundangan persekutuan – parlimen
- badan perundangan negeri –ada 13 buah DUN / tiada di WP KL , Labuan dan Putrajaya
- komponen parlimen – YDA , DN , DR
- komponen DUN – Yg Dipertua / raja dan DUN
- perbandingan YDA , Yg Dipertua negeri dan raja/sultan

Huraian

1. definasi undang-undang
- merupakan set peraturan sama ada dipersetujui umum atau dibuat melalui badan perundangan ( badan statut) untuk melindungi , mengaturkan dan memelihara hak seseorang serta mewujudkan keharmonian sosial

2. undang- bertullis dan tidak bertulis


Undang-undang bertulis
- sumber utama u di negara ini
- diluluskan oleh badan
- contoh
- perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri
- akta - yang digubal oleh parlimen sejak september 1959
- enakmen – Undang-undang yang digubal oleh DUN kecuali negeri Sarawak
- ordinan – Undang-undang yang digubal oleh DUN Sarawak
- undang-undang yang digubal oleh Majlis Perundangan persekutuan antara 1946-1959
- undang-undang yang dibuat oleh YDA semasa perisytiharan darurat

- perundangan kecil
- undang subsidiari
- enakmen pentadbiran u Islam



Undang-undang tidak bertulis

- hanya digunakan jika tiada u bertulis dan tidak bercanggah dengan penerimaan masyarakat
- tidak diluluskan oleh badan perundangan
Contoh
- prinsip undang-undang lazim ( common law )
- keputusan mahkamah
- undang- Islam tidak bertulis
- Undang-undang adat ( Cina , India, Bumiputera , Perpatih , dan Temenggung
- Undang-undang Hindu

3. sistem undang-undang orang asli
- sebelum kedatangan kuasa asing , sistem undang-undang telah wujud di kalangan masyarakat orang asli untuk menghukum orang yang melakukan kesalahan

4. adat perpatih
- dibawa masuk ke Negeri Sembilan oleh orang Minangkabau dari Palembang , Sumatera pada abad ke 16
- diwariskan secara lisan melalui peribahasa dan puisi tradisional
- mengikut prinsip matriokal / nasab ibu
- memberatkan waris sebelah perempuan
- menyentuh hal tentang kuasa dan bidang pemerintahan mengikut susunan masyarakat , kaedah hukuman ganti rugi dan warisan harta
- tidak menggalakkan perkahwinan antara sepupu / galakkan antara suku / inter suku
- sistem pemerintahan lapisan masyarakat
-
Ketua negeri- Yang dipertian Besar/ Yamtuan Besar
Undang ( ketua daerah )
- Undang Johol
- Undang Jelebu
- Undang Rembau
- Undang Sungai Ujong
Lembaga ( ketua suku kaum )
Buapak ( ketua perut )
Mamak ( ketua keluarga )

- Lelaki berkuasa dalam keluarga saudara perempuan , hal ini menunjukkan bahawa kuasa dan kebolehan lelaki masih dihormati
- orang yang pertama kali melakukan kesalahan diadili oleh kaum kerabatnya dan jika bertaubat dia akan dibuang negeri atau dijadikan hamba abdi
- hukuman dikenakan bersifat mencegah
- pewarisan harta
- harta pusaka – harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan perempuan
- Harta dapatan – harta orang perempuan yang didapati sebelum berkahwin
- Harta pembawa
- – harta suami yang dibawa ke dalam keluarga baru setelah berkahwin
- - apabila berlaku perceraian harta ini kekal menjadi milik pihak lelaki
- - jika lelaki tersebut mati harta ini diwariskan kepada anak perempuannya
- Harta sepencarian
- Harta suami isteri sesudah berumahtangga
- Jika berlaku perceraian harta ini dibahagi sama rata
- Akan menjadi harta pusaka apabila sepasangan suami isteri mati
- Jika seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak , hartanya akan diwarisi oleh saudara perempuannya

5. adat temenggung
- dibawa masuk dari Palembang , Sumatera
- mengikut prinsip patriarkal / nasab bapa
- banyak menyentuh hal kesalahan jenayah dan hukumannya , peraturan hamba abdi , warisan tanah , hutang piutang dan peranan raja serta pembesar
- dipengaruhi oleh unsur Hindu dan Islam
- menggalakkan perkahwinan sepupu
- contoh adat temenggung ialah pada sistem pemerintahan Perak seperti di bawah :

Sultan
Raja muda
Raja dihilir
Raja kecil besar
Raja kecil muda
Raja kecil tengah
Raja kecil bongsu
( putera sultan yang memerintah )

- tahta kerajaan Perak disandang secara bergilir-gilir antara 3 buah keluarga iaitu keluarga sultan , keluarga raja muda dan raja bendahara
- hukuman bersifat pembalasan dan lebih berat
- dalam kes jenayah , saksi adalah penting
- pembahagian harta adalah berdasarkan prinsip patriakal
- contoh buku – Hukum Kanun Melaka , Undang-undang Laut Melaka , Undang-undang Pahang , Undang-undang Johor, Undang-undang 99 Perak

6. Undang-undang Portugis dan Belanda di Melaka
- Portugis memiliki set undang-undang tersendiri di Melaka dan ditadbirkan oleh Ovidor ( hakim besar )
- Rayuan kes boleh dibuat ke Maktab ( majlis ) Keadilan di Goa , India
- Kes sivil dan sebahagian kes jenayah orang tempatan di Melaka akan dibicarakan mengikut adat masing-masing
- Belanda mengikut undang-undang di Jawa atau adat kaum masing-masing
- Rayuan kes boleh dibuat ke Majlis Keadilan Belanda di Betawi

7. Undang-undang zaman Inggeris
- undang-undang di negeri Selat – melalui Piagam Keadilan 1807 , di Pulau Pinang , Melaka dan Singapura
- undang-undang di negeri Melayu Bersekutu – menerima enakmen undang-undang sivil negeri Melayu bersekutu pada tahun 1937
- Undang-undang di negeri Melayu Tidak Bersekutu – menerima enakmen u sivil NMTB pada tahun 1951

8. Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
- ordinan u sivil dan jenayah diterima di TM sepenuhnya pada tahun 1956
- di Sabah dan Sarawak , Ordinan Undang-undang kecil dan Ordinan U Sawarak dan Sabah diterima mulai pada tahun 1922
- namun demikian Undang-undang adat kaum peribumi masih diakui di Sabah dan Sarawak iaitu masih wujud mahkamah bumiputera

9. Undang-undang Malaysia kini
- Undang-undang bertulis menjadi teras perundangan negara ini
- Undang-undang adat dan Undang-undang lazim digunakan jika tiada u bertulis yang meliputi perkara yang dipertikaikan
- fungsi Undang-undang tidak bertulis semakin berkurang kerana semakin banyak Undang-undang bertulis digubal
- Undang-undang bertulis mengamalkan doktrin duluan kehakiman

Common law (Undang-undang lazim )
- pada awalnya dipraktikkan di Britain
- hakim mengisytiharkan kewujudan undang-undang yang lazim terdapat dalam adat tempatan
- hakim biasanya merujuk kepada keputusan kes yang terdahulunya sebagaai panduan
- hal ini menggalakkan perkembangan doktrin duluan kehakiman
- common law bukan sumber undang-undang yang penting di negara ini
- ianya hanya digunakan apabila :
- tidak terdapat statut (Undang-undang bertulis ) tentang sesuatu perkara yang dipertikaikan di mahkamah
- Peruntukan common law bersesuaian dengan kegunaan tempatan

Perundangan kecil
- digubal oleh kerajaan tempatan
- hanya sesuai bagi kegunaan tempatan
- kelemahan – mungkin diluluskan sewenang-wenangnya oleh PBT dan tidak mempunyai kawalan yang berkesan

Undang-undang subsidiari
- ditetapkan oleh seseorang menteri
- menteri diberikan kuasa untuk membuat undang-undang itu dibawah sesuatu akta

PENYELARASAN PENTADBIRAN

penyelarasan pentadbiran dan kewangan
Persekutuan dengan negeri
MRR
- mendengar dan membincangkan dasar negara
- membincang berkenaan masalah agama / adat resam orang Melayu
- membuat sebarang perubahan dalam perlembagaan dan sempadan negeri
- melaksanakan perlantikan / perjawatan
MTN ( majlis tanah negara )
- buat dasar berkaitan tanah ( untuk tujuan perlombongan ,pertanian ,perhutanan
- mentabir undang-undang tanah
- memastikan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mematuhi dasar yang dibentuk
MKN ( majlis kewangan negara )
- peruntukan kerajaan persekutuan kepada negeri
- pinjaman oleh kerajaan negeri kepada pusat
- projek pembangunan oleh kerajaan negeri dan persekutuan

Negeri dengan negeri
Majlis mesyuarat kerajaan / majlis pembangunan negeri / majlis perancang negeri / majlis keselamatan negeri
Semenanjung Malaysia
- daerah – pegawai daerah
- mukim – penghulu
- kampung – ketua kampung
sabah
- daerah – pegawai daerah
- kampung – ketua kampung
sarawak
- bahagian – residen/ dibantu oleh temenggung
- daerah – pegawai daerah / dibantu oleh pemanca
- daerah kecil – pegawai perkhidmatan tadbir
- kampung – penghulu
Kementerian dengan kementerian Kabinet
- jawatankuasa kabinet , mesyuarat ketua-ketua setiausaha, JPPN , Majlis pembangunan negara
- Majlis perancang negara- membantu majlis pembangunan negara dari aspek ekonomi
- Majlis keselamatan negara – HEDNg / keselamatan
Persekutuan dengan PBT Majlis negara bagi kerajaan tempatan
- membentuk dari semasa ke semasa satu dasar berkenaan KT, setelah berunding dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri
- mentadbir sebarang undang-undang PBT
- menjadi badan perunding untuk sebarang cadangan undang-undang oleh KP atau KN tentang KT
- menasihati KP dan KN tentang sebarang undang-undang yang dicadangkan
Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak
- Pejabat setiausaha persekutuan – menyelaras dan menjalankan pentadbiran aktiviti jabatan persekutuan / perbadanan awam persekutuan dan menjalin hubungan erat antara KP dengan KN
Pejabat kewangan persekutuan
- mempercepatkan proses membuat keputusan tanpa merujuk kepada kementerian atau jabatan persekutuan di K. Lumpur

1. jabatan pembangunan persekutuan
- jabatan yang merancang dan menyelaraskan pembangunan kerajaan persekutuan di peringkat negeri
- di bawah tanggungjawab UPP ( unit penyelarasan pelaksanaan ) JPM
- contoh – JPP Kelantan , JPP Sabah
- memastikan dan mengendalikan program RM untuk jabatan dan agensi persekutuan bagi mencapai matlamat rancangan berkenaan
- penghubung antara kerajaan pusat dan rakyat negeri berkenaan

SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA

Bab 3 – Sistem Pentadbiran Malaysia
1. Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
a. senarai persekutuan
- hal ehwal luar negara
- pertahanan
- keselamatan dalam negeri
- undang-undang acara sivil dan jenayah
- pentadbiran keadilan
- kewargenegaraan
- warganegara asing
- jentera kerajaan
- perdagangan dan perushaan
- perkapalan
- pelayaran dan perikanan
- perhubungan dan pengangkutan
- siasatan dan penyelidikan
- pelajaran
- perubatan
- kesihatan
b. senarai bersama
- kebajikan masyarakat
- pemberian biasiswa
- perlindungan binatang liar
- kebersihan tempat awam dan kesihatan awam
- parit dan tali air pertanian
c. senarai negeri
- undang-undang agama Islam
- urusan tanah
- hal-hal pertanian
- pembalakan
- perkhidmatan – pasar , lesen tempat hiburan
- projek perumahan
- tanah untuk pengkebumian
- perkhidmatan feri
- jalan raya
- bekalan air
- lesen menangkap ikan di sungai
sistem
YDA
- pemegang kuasa pentadbiran tertinggi persekutuan
- mengetuai negara selama 5 tahun
- menyimpan dan menggunakan mohor besar persekutuan
- dipilih dan dipecat oleh MRR
- pemilihan/ pemecatan – memerlukan 5 orang atau lebih raja Melayu
- dilarang - menjalankan tugas sebagai raja dinegerinya ,memegang jawatan berpencen, berniaga , menerima bayaran sebagai raja di negerinya , meninggalkan negara lebih daripada 15 hari tanpa kebenaran MRR bukan atas urusan negara
- bertindak mengikut nasihat kabinet – mendapat maklumat tentang pentadbiran negara , merasmi dan membubarkan parlimen
- melantik jemaah menteri yang dinamakan oleh PM
- mengisytiharkan darurat dalam negara dan undang-undang tentera apabila keadaan memerlukannya
- mentauliahkan duta negara ke luar negeri
- menerima tauliah duta asing
- bertindak mengikut budi bicaranya dalam
- melantik PM
- Tidak bersetuju pembubaran parlimen
- Memanggil mesyuarat MRR
- Melantik ketua hakim negara , hakim mahkamah agung , hakim mahkamah tinggi , anggota suruhanjaya , juru adudit negara , peguam negara , setiausaha dewan rakyat / dewan negara , YD ng dan ahli dewan negara
Majili Raja- Raja
- ditubuhkan oleh perlembagaan dan dianggotai oleh raja-raja Melayu dan YDP negeri
- persidangan MRR kerap diadakan untuk membincangkan perkara mengenai dasar negara
- mengadakan persidangan untuk membincangkan perkara berkaitan kepentingan MRR
- tidak ada pengerusi tetap , tetapi dilantik dalam kalangan raja untuk sesuatu persidangan
- mempunyai satu mohor besar raja-raja
- jurucakap – penyimpan mohor besar raja-raja ( setiausaha )
- bersetuju / tidak tentang amalan atau upacaraa agama dan adat meliputi seluruh persekutuan / sempadan negara
- MRR perlu dirujuk terlebih dahulu tentang perubahan dasar tentang pentadbiran , kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lain dibawah perkara 153 perlembagaan
Kabinet
- badan pemerintah kerajaan persekutuan dan bukan badan pentadbir
- pengerusi – PM
- anggota – jemaah menteri / dilantik oleh YDA dengan nasihat PM
- dari kalangan anggota DR dan Dnegara
- setiausaha kabinet ialah ketua setiausaha negara / bukan jemaah menteri
- fungsi
- a. Membuat dasar kerajaan
- b. Membentuk dasar kordinasi antara kementerian
- c. mengendalikan sebarang masalah kecemasan
- d. Tertakluk kepada tanggungjawab bersama/ kolektif
- e. Seseorang menteri kabinet tertakluk kepada tanggungjawab individu
- jawatankuasa kabinet – boleh tetap / sementara
kementerian
- badan pentadbiran yang tertinggi
- melaksanakan segala tanggungjawab kerajaan
- mempunyai jabatan / unit / bahagian dan badan berkanun dan bukan berkanun
- menteri tertentu dibantu oleh Timbalan menteri dan setiausaha parlimen
- pegawai pentadbir utama yang paling kanan ialah ketua setiausaha iaitu penasihat kepada menteri , terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan dasar kerajaan
- Jabatan Perdana Menteri ialah kementerian utama dalam pentadbiran kerjaan persekutuan
- Ketua setiausaha negara / KSN ialah pegawai pentadbir utama di JPM. Ia menjadi penasihat utama kepada PM dalam hal pentadbiran persekutuan dan ketua perkhidmatan awam.
- KSN menghadiri mesyuarat kabinet sebagai setiausaha kabinet
- KSN memanggil dan mempengerusikan mesyuarat KS kementerian untuk tujuan penyelarasan kementerian dan melaporkan keputusan mesyuarat kabinet tentang dasar kerajaan

suruhanjaya
- agensi yang boleh bergerak bebas dalam menjalankan tugas secara objektif , adil dan saksama
- contoh – SPP ( suruhanjaya perkhidmatan pendidikan ) SP Awam , SPKehakiman, S polis , Majlis Angkatan Tentera
- SPR – suruhanjaya pilihanraya – menguruskan pilihanraya
- Suruhanjaya khas – mengkaji perkara sensitif dengan adil bagi tujuan penyiasatan / cadangan tertentu yang difikirkan perlu oleh kerajaan

Ketua audit negara
- dilantik oleh YDA
- pemecatan mengikut cara seperti mana hakim
- tidak boleh menjawat jawatan lain dalam perkhidmatan awam
- memastikan wujudnya akauntabiliti dalam pentadbirab dan pengurusan wang awam melalui pengauditan akaun dan aktiviti kerajaan persekutuan / negeri/ badan berkanun dan majlis agama Islam
Sultan / YD negeri
- memegang kuasa eksekutif / pentadbiran tertinggi di negeri masing-masing
- mempunyai keutamaan mengatasi orang lain di negeri masing-masing / ketua negeri
- dipilih berdasarkan pewarisan tahta negeri
- sultan / raja lebih utama daripada YD ng
- raja menjadi ketua agama di negeri masing-masing / YD ng tak
Yang Dipertua negeri
- dilantik untuk tempoh 4 tahun
- boleh dilantik semula untuk penggal berikutnya
- mestilah warganegara
- bertindak mengikut budi bicara
- bertindak mengikut nasihat majlis mesyuarat kerajaan negeri
- melantik anggota SPA negeri
- memberi keampunan kepada pesalah mahkamah

Dewan Undangan Negeri
- menggubal / meminda undang-undang ( mengikut senarai negeri / bersama )
Majlis mesyuarat kerajaan
- majlis mesyuarat EXCO
- Sabah ( kabinet negeri ) dan Sarawak – majlis tertinggi
- Menjalankan kuasa eksekutif atas nama raja/ YD negeri

Suruhanjaya perkhidmatan awam negeri
- berbentuk tetap atau khas
- ahlinya dilantik oleh raja / YD negeri atas nasihat Menteri Besar/ ketua menteri
- semua negeri kecuali Perlis , Negeri Sembilan , Melaka dan Pulau Pinag mempunyai SPA negeri

2. agensi awam
a. agensi pusat
- bertanggungjawab bagi membantu , menyelaras dan mengawal perjalanan agensi pelaksana
- membekalkan dua keperluan asas kepada agensi pelaksana iaitu personel dan kewangan
b. agensi pelaksana
- kementerian / jabatan melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai
agensi pusat
1. Perbendaharaan
 merumus , merancang dan melaksanakan dasar kewangan dan belanjawan kerajaan persekutuan
 menganalisis kedudukan ekonomi negara dan antarabangsa / membuat unjuran ekonomi bagi tujuan perancangan
 memberi pelbagai perkhidmatan seperti kontrak pusat , pinjaman perumahan dan pinjaman kepada agensi kerajaan / negeri
 menyelia dan mengatur industri insurans

2. jabatan Perkhidmatan Awam
 menggubal / melaksanakan dasar-dasar personel seperti dasar pengambilan dan penamatan kerja , perlantikan , kenaikan pangkat dan disiplin dalam perkhidmatan awam
 dasar gaji , elaun dan pencen bagi sektor awam
 mewujudkan jawatan dalam perkhidmatan awam
 menyelesaikan sebarang ketidakpuasan kakitangan kerajaan mengenai gaji
 menyediakan kemudahan latihan kakitangan kerajaan ( INTAN )

3. UPE unit perancang ekonomi
- merancang pembangunan ekonomi negara
- rancangan pembangunan lima tahun
4. UPP unit penyelarasan dan pelaksanaan -
- mengawasi agensi dan perbadanan awam yang tertentu supaya kegiatannya selaras dengan kehendak DEB , dasar penswastaan negara dan dasar wawasan negara
- membantu menyelesaikan masalah kontraktor bumiputera

perbadanan awam
Badan berkanun
- penubuhannya di bawah undang-undang parlimen atau DUN seperti akta atau enakmen
- boleh menubuhkan anak-anak syarikat
- contoh MARA
- lebih efektif apabila dipisahkan daripada peranan sebuah jabatan kerajaan
- faedah pengkhususan dapat dimanfaatkan
- mengelakkan karenah pentadbiran
- ada lembaga pengarah khas – beri kesan baik keada perjalanan dan pentadbiran organisasi
Badan tidak berkanun
- dibawah akta syarikat
- kerajaan mempunyai kepentingan ekuiti
- boleh menubuhkan anak syarikat
- contoh PETRONAS , Petronas Dagang
- mempergiat aktiviti ekonomi dan perniagaan
- mendapatkan keuntungan kerajaan kerana ekuitinya dipegang oleh pihak kerajaan
- melaksanakan kegiatan dalam bidang yang enggan diceburi oleh pihak swasta kerana sebab tertentu
Tujuan penubuhan
- membolehkan penglibatan kerajaan secara terus dan lebih berkesan dalam bidang pembangunan sosioekonomi negara
- menceburi kegiatan yang tidak diceburi oleh sektor swasta kerana kurang menguntungkan atau memerlukan modal besar
- memastikan pembangunan yang pesat dan teratur
Ciri
1. lebih bebas / tidak terikat kepada peraturan pentadbiran kerajaan
2. boleh menguruskan sendiri aspek perkhidmatan seperti pengambilan , kenaikan pangkat dan pemberhentian kerja
3. autonomi dalam hal pengurusan dan kewangan
4. boleh memiliki harta / kumpulan wang
5. dapat bergerak dengan pantas / berkesan
6. kawalan kerajaan keatasnya agak longgar
7. perlu kemuka anggaran belajawan dan rancangan pembangunan tahunan
lembaga pengarah
- berada di bawah portfolio seorang menteri
- ketua eksekutif – pengurus besar
- ahli lembaga pengarah dilantik oleh menteri
- lembaga pengarah bertanggungjawab bagi pembentukan dasar dan pengawasan perjalanannya
- dipecahkan kepada beberapa bahagian
- mempunyai cawangan diperingkat negeri , daerah dan sebagainya

kakitangan
- dianggap kakitangan awam
- tidak tertakluk kepada SPA
- kakitangan lain boleh dipinjamkan / tukar ke sini
- perlu juga merujuk kepada JPA dan perbendaharaan untuk kelulusan
- badan tidak berkanun – bebas melantik / ada skim perkhidmatan sendiri

perbadanan awam negeri
- penubuhannya tertakluk pada undang-undang parlimen atau DUN seperti enakmen
- bagi tidak berkanun – dibawah akta syarikat

majlis
- terdapat 2 jenis iaitu mejlis perundangan yang diperuntukan oleh perlembagaan persekutuan seperti MRR , Majlis Tanah negara dan Majlis negara bagi kerajaan tempatan dan sebagainya
- contoh – Majlis Pembangunan negara , Majlis Keselamatan negara , Majlis Perhutanan negara, Majlis Tanah negara , MTEN , Majlis Perumahan negara
Sumber kewangan negeri
- cukai langsung – cukai tanah , hasil lombong , cukai perhutanan
- cukai tak langsung – hiburan
- bentuk hasil bukan cukai – bayaran lesen , bayaran pendaftaran perniagaan , royalti petroleum , kayu kayan , bayaran perkhidmatan , hasil sewa harta benda kerajaan , hasil jualan tanah , hasil PBT , bekalan air, agama ( zakat fitrah baitulmal )
- peruntukan daripada kerajaan pusat – ikut bilangan penduduk / bina jalan raya
kumpulan wang luar janga
- bertujuan memenuhi keperluan perbelanjaan pengurusan luar jangka yang berlaku
- diperolehi daripada Kumpulan Wang persekutuan Disatukan
- digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan dan dianggap pendahuuan / mesti diganti dengan suatu belajawan tambahan melalui rang undang-undang perbekalan diluluskan oleh parlimen

belanjawan
- segala hasil dan wang diterima oleh Kerajaan Persekutuan akan dijadikan KWPD
- KWPD menanggung segala pencen , pampasan , ganjaran yang ditanggung oleh persekutuan dan segaa hutang yang dipertanggungjawabkan kepada persekutuan
- Belajawan terbahagi kepada perbelanjaan tanggungan , bekalan dan pembangunan
pihak berkuasa tempatan
bidang kuasa
- meluluskan anggaran belanjawan
- meluluskan pinjaman
- meluluskan perjawatan
- mengesahkan undang-undang kecil
- melantik ahli majlis / YDP
autonomi
- mengutip cukai di kawasan dalam bidang kuasa mereka – cukai sampah , cukai pintu , cukai bangunan dan bangunan tambahan
- mengadakan undang-undang kecil - letak kereta, pelesenan perniagaan ,gerai , penjaja
- menyediakan tempat perniagaan tertentu seperti pasar , kawasan gerai , rekreasi
- mengadakan kumpulan wang PBT yang terletak dibawah kawalannya untuk pembiayaan beberapa projek

majlis perbandaran
- biasanya berada di pusat bandar
- jumlah penduduk melebihi 100 000 orang
- hasil pendapatannya tidak kurang daripada RM 5 juta
- untuk perkhidmatan bandar
- boleh melebihi satu –jika terdapat lebih daripada satu bandar besar di negeri berkenaan
- pemegang kuasa eksekutif- YDP dilantik oleh kerajaan negeri
- jumlah ahli – 8-24 orang ( ahli majlis )

Majlis daerah
- terletak di luar pusat bandar
- penduduk kurang 100 000 orang
- pendapatan tahunan kuran RM 5 juta
- memerlukan banyak projek prasarana
- YDP dilantik oleh kerajaan ngeri ( biasanya Pegawai daerah )
- Bilangan ahli – 8- 12


kriteria pemberian oleh kerajaan persekutuan dalam memberi peruntukan kepada kerajaan tempatan
- bilangan penduduk
- luas kawasan
- jumlah hasil kutipan
-

KEWARGANEGARAAN

kewarganegaraan
- seseorang layak menjadi warganegara melalui 4 cara iaitu
a. kuatkuasa undang-undang
b. pendaftaran
c. kemasukan
d. percantuman wilayah
a. kuatkuasa undang-undang
- setiap orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia ( 16 Sep 1963 ) dan merupakan warganegara persekutuan
- dia menjadi w sebelum hari merdeka
b.pendaftaran
a. isteri dan anak warganegara
- bermastautin di Persekutuan selama 2 tahun sebelum permohonan dan berniat untuk terus bermastautin di persekutuan
- berkelakuan baik
b. seseorang yang berumur kurang daripada 21 tahun
- jika seseorang daripada ibu bapa ialah warganegara
- dilahirkan sebelum oktober 1962
c. seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih , lahir di Persekutuan sebelum hari merdeka
- membuktikan permastautinan di Persekutuan selama lima daripada tujuh tahun sebelum permohonan
- berniat menjadi pemastautin tetap Persekutuan
- pengetahuan tentang bahasa Melayu yang mudah
- berkelakuan baik
d. seseorang yang berumur 18 tahun bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia
- bermastautin di persekutuan sebelum hari Malaysia
- selepas hari Malaysia , bermastautin di Persekutuan selama tujuh daripada sepuluh tahun sebelum permohonan dibuat
c.masukan/ naturalisasi/ permohonan
- warganegara asing berumur 21 tahun ke atas
- seseorang itu telah bermastautin 10 daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan
- berniat menjadi pemastautin tetap
- berkelakuan baik
- pengetahuan bahasa Melayu

d.Percantuman wilayah
- penggabungan wilayah dengan tempat dia bermastautin
- - warganegara Singapura
- Warganegara United Kingdom dan tanah jajahan serta pemastautin tetap Sabah dan Sarawak
- Warganegara Sabah
- Warganegara Sarawak
Kehilangan kewargenegaraan
1. sebab penolakan
- menjadi warganegara negara lain
- dengan akuan yang didaftar oleh kerajaan persekutuan
2. pelucutan
- memperoleh kewargenegaraan asing
- bermastautin di negara asing lebih 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar diri di pejabat konsul persekutuan
- tidak setia terhadap negara melalui percakapan atau tindakannya
- menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan dengan berniaga atau berhubung atau menjalankan urusan dengan musuh negara
- dihukum penjara lebih daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM5000 tanpa pengampunan bagi kesalahannya dalam tempoh lima tahun
- berkhidmat di bawah kerajaan negara asing
- memperoleh kewarganegaraan secara tipu atau palsu
- berlaku perceraian atau kematian suami bagi perempuan dalam tempoh dua tahun dari tarikh perkahwinannya
prosedur perlucutan
- notis bertulis dengan alasan diberi kepada orang berkenaan
- orang berkenaan merujuk kesnya kepada satu jawatankuasa siasatan
- kerajaan membuat keputusan berdasarkan laporan jawatankuasa berkenaan

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di dalam jadual.
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan Perkara 1- 4
2 Kebebasan hak Asasi Perkara 5-13
3 Kewarganegaraan ( perolehan , penamatan , tambahan ) Perkara 14-31
4 Persekutuan - ketua negara , majlis raja-raja, badan perundangan Perkara 32-69
5 Negeri-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Perkara 73-95E
7 Peruntukan-peruntukan Kewangan Perkara 96-112D
8 Pilihan raya Perkara 113- 120
9 Kehakiman Perkara 121-131A
10 Perkhidmatan Awam Perkara 132-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat Perkara 149-151
12 Am dan Pelbagai, bahasa kebangsaan Perkara 152-160
12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak Perkara 161-161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180
14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya Perkara 181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183
1. perlembagaan negeri
Bil Kandungan Keterangan
1 Pemerintahan - kedudukan , perlantikan dan kuasa raja / YDA/ Menteri Besar/ ketua menteri/ Menteri Besar mesti orang Islam / Fungsi dan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri / DUN
2 Pentadbiran awam -setiap negeri mempunyai autonomi dalam pentadbiran awam / pembentukan SPA negeri
3 Agama Islam - agama Islam untuk negeri berja ialah Islam/ raja ialah ketua agama negeri / YDA menjadi ketua agama bagi negeri tidak beraja
4 Pindaan Perlembagaan - sebarang pindaan am memerlukan sokongan 2/3 ahli dewan dan persetujuan raja/ YDA / perkara yg tidak boleh dipinda / warisan tahta kerajaan / kedudukan pembesar istana / pembesar adat / cara perlantikan dan sifat waris tahta/ permaisuri/ pemangku raja / pemecatan / penarikan diri / penurunan tahta/ pengurniaan atau perlucutan pangkat , gelaran dan bintang kebesaran
Fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan fungsi kerajaan negeri
- segala kuasa dan hak dijamin oleh perlembaaan persekutuan
- tidak boleh bercanggah dengan peruntukan perlembagaan persekutuan
2. ciri penting perlembagaan negara malaysia
- malaysia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan ( terdapat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri )
- Malaysia mempunyai raja berperlembagaan
- Mengamalkan demokrasi berparlimen dan parlimen bercorak Westminster
- Mempunyai palimen dwidewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara
- Mengamalkan ketertinggian perlembagaan
kuat kuasa undang-undang
- semua orang yang dilahirkan sebelum hari Malaysia dan menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat kewargenagaraan secara automatik selepas hari Malaysia
- sesorang yang lahir pada atau selepas hari Malaysia
3. Hak asasi
a. Kebebasan diri
- Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang
- Hak seseorang yang ditangkap ialah diberitahu sebab ia ditangkap
- Hak seseorang untuk diberitahu sebab dia ditangkap
- Jika ditangkap dia perlu dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh 24 jam
- Jika ditahan tidak mengikut undang-undang – boleh mohon habeas corpus
b. Pengabdian dan kerja paksa
- Dilarang kerja paksa kecuali hukuman penjara
- kecuali kerahan tenaga atas kelulusan parlimen
c. Perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuat kuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang-ulang
- Kecuali mendapat perintah daripada mahkamah tinggi bagi perbicaraan semula
d. Kesamarataan di sisi undang-undang / kecuali kelainan yang ditetapkan perlembagaan
- Tidak boleh membeza-beza kerana berlainan agama , keturunan kaum ataupun tempat lahir
e. Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam persekutuan
- Kecuali dikenakan sekatan undang-undang
f. Kebebasan bercakap , berhimpun dan menubuh persatuan
- Kecuali dikenakan sekatan parlimen
g. Kebebasan menganut agama
- Kecuali menurut undang-undang
h. Kebebasan dalam pendidikan
- Hak yang sama dalam mendapat pendidikan
- Tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggara institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri
i. Hak terhadap harta
- Tidak boleh mengambil harta tanpa pampasan
- Tidak boleh lucut harta kecuali menurut undang-undang
Sekatan terhadap kebebasan asasi warganegara
1. undang-undang subersif
- kerajaan berkuasa menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara
2. undang-undang darurat
- kerajaan berkuasa mengenakan perinah berkurung
- pasukan keselamatan berhak menembak serta membunuh sesiapa sahaja yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan
3. ISA ( akta keselamatan dalam negeri )
- seseorang boleh ditahan tidak melebihi dua tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan orang itu mengancam keselamatan negara
4. Akta Universiti dan Kolej universiti 1971
- pelajar ( universiti ) dilarang bergerak aktif dalam politik
5. akta rahsia rasmi 1972
- melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi
- semua orang termasuk rakyat dan bukan rakyat yang membocorkan rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah
6. akta mesin cetak dan penerbitan
- badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara
7. akta hasutan 1948
- rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu sensitif iaitu hak istimewa orang Melayu , bahasa , kuasa raja dan kewarganegaraan
8. hak istimewa Sabah dan Sarawak
- kerajaan negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari semenanjung malaysia ke negari mereka

PERLEMBAGAAN

Bab 2- Perlembagaan dan Perlembagaan Malaysia
1. konsep dan takrif perlembagaan
- sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara
- kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah
- ia mengandungi peruntukan umum mengenai sistem kerajaan , hak asasi dan tanggungjawab rakyat , kewargenegaraan , hak istimewa bumiputera , agama , bahasa dan perkara lain
- undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan
fungsi
- menentukan corak pemerintahan dan hak asasi rakyat sesebuah negara
- menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap dan adil
- memastikan wujudnya keamanan
- menjadi panduan kepada pemerintah
- mengesahkan segala tindakan kerajaan
jenis
a. bertulis
- didokumenkan / dibukukan
- parlimen memperolehi kuasa daripada perlembagaan
- kuasa paling tinggi diperuntuk kepada perlembagaan
- undang-undang yang dibuat , digubal dan dipinda tertakluk mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan
- boleh dipinda oleh parlimen
- mudah – 2/3 daripada persetujuan ahli parlimen
- Tidak mudah – melibatkan referendum rakyat terlebih dahulu
b. tidak bertulis
- parlimen boleh membuat , menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan
- kuasa paling tinggi diperuntukkan kepada parlimen
- berdasarkan tradisi , amalan, sikap serta pengalaman politik / terdapat dalam akta yang digubal oleh badan perundangan / berdasarkan keputusan mahkamah
- contoh negara - Britain
2. perlembagaan malaysia – jenis bertulis
pindaan perlembagaan
- perlembagaan boleh dipinda dengan sokongan 2/3 daripada jumlah bilangan ahli parlimen
- tak boleh pinda / memerlukan persetujuan MRR/ YDA / YDP Sabah dan Sarawak
perkembagan perlembagaan Malaysia
1 Kerajaan Kesultanan Melayu Sistem beraja / ketua/ sultan berkuasa mutlak
2 Sistem residen - Semua kuasa pentadbiran , kecuali adat istiadat orang Melayu dan agama Islam dilaksanakan oleh residen
3 Negeri Melayu Bersekutu – Perak , Selangor, Negeru Sembilan dan Pahang Residen Jeneral – kuasa pemusatan kuasa
4 Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
5 Pengagihan kuasa secara berperingkat mulai 1934
6 Perjanjian Bangkok 1909 Inggeris Meluaskan kuasa di Kedah Perlis Terengganu dan Kelantan
7 Negeri Melayu tidak Bersekutu 1914 Johor Kedah Perlis Terengganu Kelantan menerima pengaruh Inggeris
8 Malayan Union 1946 Kuasa kepada residen Jeneral
9 Persekutuan Tanah Melayu 1948
10 Perlembagaan bertulis 1948 - Diperkenalkan kepada semua negeri Melayu , Pulau Pinang dan Melaka kecuali Johor Perlembagaan Johor 1895 dan Terengganu ( 1911 )
11 Pilihan raya umum 1955

3. Pembentukan perlembagaan persekutuan
- digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai Lord Reid berpandukn Memorandum Perikatan
- ia dikemukakan pada bulan Febuari 1957
- diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957
- ia menjadi asas pembentukan perlembagaan persekutuab pada 16 September 1963 dengan kemasukan Sabah , Sarawak dan Singapura

Konsep ketinggian perlembagaan Malaysia
- menjadi sumber segala perundangan lain yang wujud dalan negara
- mengandungi u yang tertinggi yang mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur
- u yang berlawanan dengan perlembagaan hendaklaah terbatal setakat mana yang berlawanan
- parlimen hanya membuat dan menggubal u mnegikut bidang kuasa yang diperuntukan oleh perlembagaan
- mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan u yang betretntangan dengan perlembagaan
- YDA sebagai ketua negara , PM melaksanakan tugas mengikut kehendak perlembagaan